Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glo.ba.li.sa.si] | ݢلوباليساسي

Definisi : proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glo.ba.li.sa.si] | ݢلوباليساسي

Definisi : fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat: Dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar. mengglobalisasikan menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dsb ke peringkat dunia: Matlamat mereka adalah utk ~ perniagaan agar mendapat keuntungan yg banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata globalisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
globalisationglobalisasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses berterusan yang mengintegrasikan politik, sosial dan budaya negara-negara melalui rangkaian pertukaran rentas sempadan yang dilonjakkan oleh langkah multilateralisme. Contohnya, globalisasi ekonomi, iaitu proses bagi membolehkan ekonomi negara bersepadu menjadi ekonomi antarabangsa melalui perdagangan, pelaburan asing secara langsung, aliran modal dan penyebaran teknologi. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, globalisasi bererti penerimapakaian sebuah peraturan oleh satu demi satu negara, sehingga akhirnya hanya peraturan itu sahaja yang diterima untuk seluruh dunia.
globalizationglobalisasiEkonomiTiadaPerubahan ke arah pembekalan, pengeluaran, pemilikan, dan pemasaran ke peringkat antarabangsa.
globalizationglobalisasiEkonomiTiadaTiada
globalization of productionglobalisasi pengeluaranEkonomiTiadaPeluasan dan pengawalan aktiviti pembuatan di beberapa buah negara oleh perbadanan antarabangsa atau transnasional.
globalization of productionglobalisasi pengeluaranEkonomiTiadaTiada
globalisation strategystrategi globalisasiPentadbiranPengurusan-
globalisation strategystrategi globalisasiPengurusanPerancanganKaedah bersaing dalam pasaran melalui pemiawaian reka bentuk, pengeluaran dan strategi pemasaran produk ke seluruh dunia. Pendekatan strategi ini boleh dilakukan dengan mereka bentuk spesifikasi produk yang boleh dipasarkan ke mana-mana negara di dunia. Contoh syarikat yang memasarkan produk melalui kaedah ini ialah produk minuman berkarbonat X yang unggul dan produk cermin mata hitam Y.
international businessperniagaan antarabangsaPentadbiranPentadbiran Awam

Perdagangan yang wujud di peringkat antarabangsa antara negara-negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional, mahupun NGO transnasional. Urusan perniagaan ini melibatkan pasaran yang luas, pelaburan luar negara, penentuan dasar sesebuah kerajaan, undang-undang antarabangsa, pertukaran matawang, keselamatan perdagangan dan taraf hidup manusia. Perniagaan antarabangsa ini menjadi intisari penting dalam arus globalisasi dunia masa kini. Contohnya Petroleum Nasional (PETRONAS), merupakan sebuah badan yang menjalankan perniagaan antarabangsa.

political discoursewacana politikPentadbiranPentadbiran Awam

Perbincangan serta perdebatan tentang ilmu politik secara intelektual yang bersifat formal, melibatkan pertukaran idea, persepsi, buah fikiran oleh sekumpulan individu. Biasanya wacana ini dibuat apabila timbul satu isu dalam sesebuah negara yang boleh memberikan impak kepada kedudukan politik. Ia sering melibatkan golongan terpelajar seperti siswa-siswi, golongan intelek mahupun ahli politik. Wacana ini dipercayai dapat mencambahkan pemikiran dalam memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Contohnya, perbincangan terhadap isu yang berkaitan dengan globalisasi, liberalisasi, dasar luar negara dan sebagainya.

International Political EconomyEkonomi Politik AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPendekatan yang digunakan dalam pengajian antarabangsa pada tahun 1970-an. Dalam tempoh tersebut, harga minyak di seluruh dunia meningkat dan sistem kewangan antarabangsa Bretton Woods menjadi lemah. Pendekatan ini menggabungkan analisis politik dan ekonomi dalam kajiannya. Sebelum ini, pendekatan kajian berdasarkan kepada perspektif bidang sejarah sosiologi dan sejarah ekonomi. Kini, pendekatan tersebut menjadi asas kepada pemahaman tentang kebanyakan hubungan antarabangsa. Keadaan ini disebabkan faktor seperti globalisasi, penggunaan internet dan penubuhan blok-blok ekonomi di benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.
12

Kembali ke atas