Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.dam] | ݢودم

Definisi : palu (tukul, martil) besar; menggodam 1. menghentam (memukul) dgn godam dll; 2. (Komp) menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yg tersimpan di dlm sistem komputer itu: perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera; penggodaman (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab; penggodam 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.dam] | ݢودم

Definisi : tukul yg besar. menggodam 1 memukul atau menghentam dgn godam dll. 2 menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat yg tersimpan dlm sistem komputer tsb: Perbuatan ~ sistem komputer oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dihapuskan segera. penggodaman perbuatan atau tindakan menggodam sistem komputer orang lain: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mestilah dihentikan. penggodam 1 godam. 2 orang yg menggodam sistem komputer orang lain: Tindakan segera mesti diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata godam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
didalam istilah sumber untuk "Hack" yang diterjemahkan adalah "gadam" bukan godam ke?. minta penjelasanBetul tuan, penggunaan kata yang betul ialah godam, menggodam, iaitu menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain.Penyemakan dan penterjemahan16.11.2015
Saya nak tau istilah komputer yang sesuai untuk "Blackbox" dan "Unblackbox"? Boleh tunjukkan cth ejaan "blackboxing" utk ayat ni? cth: "try blackboxing if you have ideas".Padanan bagi istilah "black box" dalam bidang komputer ialah "kotak hitam". Manakala "godam kotak hitam" dicadangkan sebagai padanan bagi istilah perkataan "unblack box". Selain itu, pihak kami tidak membuat semakan bagi ayat atau perkataan dalam bahasa lain, selain daripada bahasa Melayu.  Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020

Kembali ke atas