Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gol] | ݢول

Definisi : 1. = pintu ~ kawasan di antara dua tiang berpalang yg menandakan sasaran tendangan atau pukulan bola (dlm permainan bola sepak, hoki, dsb), gawang (bola sepak, hoki, dsb): bola yg ditendangnya masuk ke dlm ~; penjaga ~ pemain (bola sepak dsb) yg menghalang bola masuk ke dlm gol; 2. mata (yg dikira setiap kali bola masuk ke dlm gawang): dia telah menjaringkan dua ~; 3. tercapai tujuannya (kehendaknya), lulus (usul, cadangan, dll); mengegolkan menjaringkan gol, memasukkan (bola) ke dlm gol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gol] | ݢول

Definisi : 1 dua tiang berpalang tempat memasukkan bola dlm permainan bola sepak, hoki dll; gawang. 2 kiraan mata setiap kali bola dimasukkan ke dlm gol 1: Pasukan bola sepak Kolej Melayu telah memenangi perlawanan itu dgn dua ~. mengegolkan memasukkan bola ke dlm gol (gawang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gol


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merewang[m«.ÒE.wAN]kata adjektiftidak tepat menuju sasaran, terbabas, melilau.Dia tendang tak masok gol, pasai dia sepak merewang.[di.jA t«n.dAN tA/ mA.so/ gol pA.sAj di.jA sE.pA/ m«.ÒE.wAN]Tendangannya tidak masuk gol, kerana sepakannya melencong.
goli[g.li]kata namapenjaga gol.Bila ajak dia maen bola, saheh dia nak jadi goli.[bi.lA A.dZA/ di.jA mAen b.lA sA.heh di.jA nA/ dZA.di g.li]Apabila diajak bermain bola sepak, tentu dia hendak menjadi penjaga gol.
   2. mengawal bola beberapa lama dengan kepakaran yang tersendiri (dalam perlawanan bola sepak), gelecek.Dia gelinte bola tu lepaeh tiga orang, tapi bola tendang tak masok.[di.jA g«.lin.tE b.lA tu lA.pAEh ti.gA .ÒAN tA.pi b.lA t«n.dAN tA/ mA.so/]Dia menggelecek bola itu melepasi tiga orang tetapi tendangannya tidak masuk gol.

Kembali ke atas