Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gol] | ݢول

Definisi : 1. = pintu ~ kawasan di antara dua tiang berpalang yg menandakan sasaran tendangan atau pukulan bola (dlm permainan bola sepak, hoki, dsb), gawang (bola sepak, hoki, dsb): bola yg ditendangnya masuk ke dlm ~; penjaga ~ pemain (bola sepak dsb) yg menghalang bola masuk ke dlm gol; 2. mata (yg dikira setiap kali bola masuk ke dlm gawang): dia telah menjaringkan dua ~; 3. tercapai tujuannya (kehendaknya), lulus (usul, cadangan, dll); mengegolkan menjaringkan gol, memasukkan (bola) ke dlm gol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gol] | ݢول

Definisi : 1 dua tiang berpalang tempat memasukkan bola dlm permainan bola sepak, hoki dll; gawang. 2 kiraan mata setiap kali bola dimasukkan ke dlm gol 1: Pasukan bola sepak Kolej Melayu telah memenangi perlawanan itu dgn dua ~. mengegolkan memasukkan bola ke dlm gol (gawang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dimanakah lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol? Contoh ayat : Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama mencetak/mencatat 100 gol dalam saingan Liga MalaysiaAyat yang tepat ialah: Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama menjaringkan 100 gol dalam saingan Liga Malaysia.Tatabahasa28.04.2019
Yang mana lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol Contoh ayat, " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat/mencetak 14 golAyat yang lebih tepat ialah " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat 14 gol.Istilah26.07.2018
Apakah "gitar", "gol", "gondol" dan "gila-gila" boleh di kategorikan sebagai simpulan bahasa? Sebagai contoh untuk perkataan "gitar", seperti ayat berikut, Model-model yang menjalankan persembahan fesyen itu semuanya berbadan bentuk gitar. "Gitar" disini membawa maksud bentuk badan wanita yang cantik. Mohon penjelasan DBP. Terima Kasih.Untuk makluman tuan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. Contoh perkataan yang tuan berikan bukanlah simpulan bahasa, sebaliknya ialah kata umum yang masih mengekalkan makna asalnya. Gitar dalam ayat tersebut masih bermaksud gitar dan tubuh wanita dalam ayat itu dikiaskan kepada bentuk gitar.Tatabahasa07.11.2012
tuan penjaga gol itu berjaya menguit bola itu keluar sekali gus berjaya menyelamatkan pasukannya. (adakah kesalahan dalam ayat ini, tuan. tq)Menguit bermaksud menyentuh dan menggerakkan sesuatu dengan jari dan tidak sesuai untuk ayat tersebut.Tatabahasa20.09.2011
Pasukan bola sepak Piala Tiger itu menjadi juara kerana kemahiran penjaga golnya mengawal pintu gol daripada dibolasi pihak lawan. Apakah kesalahan ayat di atas? jawapannya "kemahiran" tetapi saya tidak faham mengapa "kemahiran penjaga gol" tidak boleh digunakan dalam ayat ini.Kecekapan penjaga gol lebih tepat digunakan dalam dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa26.07.2012
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan 'penjaring' digunakan untuk 'pemain yang cuba menjaringkan gol tetapi tidak berjaya' atau hanya digunakan untuk 'pemain yang telah berjaya menjaringkan gol' ataupun kedua-dua pun boleh? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penjaring ialah orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak.
Lebih sesuai menggunakan perkataan pemain jika belum menjaringkan gol.
Tatabahasa03.10.2012
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih.1. Bengkel Perolehan Manuskrip
2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol.
Tatabahasa05.03.2013
soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat?Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa13.03.2012
1.Sepakan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (AYAT betul atau salah) 2.warna baju Mira semakin luntur/lusuh selepas dicuci berulang kali. (Perkataan yang mana satu betul luntur atau lusuh) Diharap dapat jawapan segera.1. Tendangan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (Penggunaan perkataan "tendangan" lebih gramatis).
2.  Warna baju Mira semakin luntur selepas dicuci berulang kali.
Tatabahasa20.05.2014
"Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol. " soalan saya . gramatiskah ayat tersebut yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama ' daripada 'yang tidak diikuti kata nama selepasnya ? adakah berlakunya proses pengguguran frasa nama selepas kata sendi tersebut.?
Ayat yang gramatis ialah "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan daripada  pihak lawan untuk menjaringkan gol. "

Tatabahasa12.09.2013
123

Kembali ke atas