Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gol] | ݢول

Definisi : 1. = pintu ~ kawasan di antara dua tiang berpalang yg menandakan sasaran tendangan atau pukulan bola (dlm permainan bola sepak, hoki, dsb), gawang (bola sepak, hoki, dsb): bola yg ditendangnya masuk ke dlm ~; penjaga ~ pemain (bola sepak dsb) yg menghalang bola masuk ke dlm gol; 2. mata (yg dikira setiap kali bola masuk ke dlm gawang): dia telah menjaringkan dua ~; 3. tercapai tujuannya (kehendaknya), lulus (usul, cadangan, dll); mengegolkan menjaringkan gol, memasukkan (bola) ke dlm gol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gol] | ݢول

Definisi : 1 dua tiang berpalang tempat memasukkan bola dlm permainan bola sepak, hoki dll; gawang. 2 kiraan mata setiap kali bola dimasukkan ke dlm gol 1: Pasukan bola sepak Kolej Melayu telah memenangi perlawanan itu dgn dua ~. mengegolkan memasukkan bola ke dlm gol (gawang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLO AIR

Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua

pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba

menjaringkan gol dengan membaling atau menolak

sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan.

Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke

gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang

paling lasak kerana pemain menendang dan

bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke

dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut

menyalahi peraturan.

UMUM 
SENI DAN KESENIAN/p>

Seni dan kesenian. Dalam pengertian yang

luas, seni ialah kemahiran membuat atau

melakukan sesuatu. Kita boleh mengatakan

bahawa seseorang itu tahu dan mengamalkan

seni menganyam bakul, menala piano, malah

menjaringkan gol. Dalam pengertian ini, terdapat

banyak seni – sebanyak adanya jenis aktiviti yang

khusus dan sengaja dilakukan untuk diceburi

manusia.

UMUM 
BOLA SEPAK RAGBI

Bola sepak ragbi ialah sukan sentuh yang

pantas permainannya, yang dimainkan oleh dua

pasukan. Pemain-pemain dalam setiap pasukan

cuba mendapat skor dengan menendang,

membuat hantaran, atau membawa bola sehingga

mereka boleh menendangnya memasuki gol lawan

atau menyentuhkan bola di belakang garisan gol

lawan. Pasukan yang mendapat banyak mata dikira

memenangi perlawanan.

UMUM 
SHINTY,

Shinty sejenis permainan yang dimainkan di

Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd.

Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan.

Permainan ini serupa dengan permainan hoki,

tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih

pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan

cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola

ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar

dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada

dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit.

Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana

bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara

atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih

ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah

untuk merebut Piala Pusingan Persatuan

Camanachd.

UMUM 
ABDUL GHANI MINHAT

Abdul Ghani Minhat (1935-         ) pemain bola

sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di

Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala

Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah

dia terpilih mewakili pasukan bola sepak

sekolahnya, Princess Road School, di Kuala

Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai

Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia

mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan

Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih

mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan

Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili

pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam

perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2,

dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun

1956, Ghani membantu Selangor menewaskan

Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya.

UMUM 
BOLA SEPAK AMERIKA

Bola sepak Amerika ialah sejenis sukan

berpasukan yang menarik yang dimainkan

terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sukan ini dimainkan oleh pelajar di sekolah

rendah, sekolah menengah, kolej dan pasukan

profesional. Berjuta-juta orang membanjiri stadium

pada setiap musim perlawanan untuk melihat

pasukan pilihan mereka beraksi. Berjuta-juta lagi

peminat menonton perlawanan antara pasukan-pasukan

kolej dan pasukan yang bermain dalam

dua liga profesional yang utama, iaitu Liga Bola

Sepak Kebangsaan (National Football League – NFL)

Amerika Syarikat dan Liga Bola Sepak Kanada

(Canadian Football League – CFL) di televisyen.

Di Amerika Syarikat, bola sepak ini dimainkan

oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai

11 orang pemain. Di Kanada, setiap pasukan

mempunyai 12 orang pemain. Setiap pasukan

mendapatkan mata dengan membuat larian dan

hantaran play (manuver) untuk membawa sebiji

bola yang lonjong melintasi garisan gol lawan.

Larian atau hantaran seperti ini menghasilkan

“touchdown”. Semasa permainan berlangsung,

kawalan bola berpindah tangan antara dua

pasukan tersebut. Pasukan yang memiliki bola ialah

pasukan penyerang. Pasukan yang satu lagi ialah

pasukan pertahanan. Pasukan pertahanan akan

cuba menghalang pasukan penyerang daripada

memungut mata.

UMUM 

Kembali ke atas