Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : 1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya; menggolok menetak atau memotong dgn golok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : ; bergolok; ~-bergadai = bergadai-~ berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; ®gadai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : sj ikan laut, belitung, Coryphaena hippurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : parang pendek yg matanya tirus ke hujung. menggolok memotong dgn golok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golok

Puisi
 

Tikus mondok tikus tempang,
     Makan dia atas para;
Gadai golok gadai parang,
     Nak melepas rial belanja.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hendak kerja golok Keling,
     hendak makan parang punting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENJATA PANJANG

SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok).

BUDAYAAlat/Alatan
DIALEK MELAYU KELANTANDIALEK MELAYU KELANTAN, salah satu dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang yang berasal dari dan yang menduduki negeri Kelantan serta penduduk di tempat-tempat lain seperti yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Terengganu, Kelantan-Pahang, Kelantan-Perak dan juga beberapa daerah dalam wilayah Thailand Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani.BAHASABahasa

Kembali ke atas