Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : 1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya; menggolok menetak atau memotong dgn golok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : ; bergolok; ~-bergadai = bergadai-~ berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; ®gadai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : sj ikan laut, belitung, Coryphaena hippurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo/] | ݢولوق

Definisi : parang pendek yg matanya tirus ke hujung. menggolok memotong dgn golok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golok

Puisi
 

Tikus mondok tikus tempang,
     Makan dia atas para;
Gadai golok gadai parang,
     Nak melepas rial belanja.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hendak kerja golok Keling,
     hendak makan parang punting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaTikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit terkedok-kedok, Hendak cari damar batu; Habis kering bergadai golok, Hendak sambut anak menantu.

Kembali ke atas