Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum, Golongan kata bagi perkataan sementara dalam ayat " Hidup ini hanyalah sementara."

Waalaikummussalam,

Golongan kata bagi perkataan 'sementara' dalam ayat ialah golongan kata adjektif/sifat.

Tatabahasa25.11.2012
salam sejahtera. Apakah golongan kata bagi kata 'iaitu' Adakah kata ini termasuk dalam golongan kata tugas? Sekiranya berada dalam golongan kata tugas, apakah kelompok kata ini?"Iaitu" ialah kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa keterangan pada klausa utama.Tatabahasa10.05.2012
Tuan.. bagaimana nak tahu golongan kata dan jenis kata ? Adakah DBP ada ruangan berkenaan contoh golongan kata dan bentuk kata ?Bentuk kata dibahagikan kepada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Golongan kata pula dibahagikan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan buku Tesaurus Bahasa Melayu mengklasifikasikan kata mengikut golongan kata.Tatabahasa16.12.2015
kepada tuan/puan, Persoalan tentang pembahagian golongan kata dalam bahasa Malaysia.. Dalam Bahasa Melayu biasanya golongan kata dibahagikan kepada 4 golongan iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. tetapi dalam bahasa english golongan kata dibahagikan kepada 8 golongan iaitu, kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata adjektif, kata sendi nama, kata gabungan dan kata seru. selain itu terdapat bahasa-bahasa lain juga dibahagikan kepada lebih daripada 8 golongan. Persoalan saya ialah mengapa penggolongan kata dalam bahasa melayu dibahagikan kepada 4 golongan yang berdasarkan kriteria endosentrik(kata nama, kerja, adjektif) dan eksosentrik(kata tugas)?. bahasa-bahasa lain seperti dalam bahasa english dan bahasa korea, soalan endosentrik dan eksosentrik juga wujud tetapi mereka masih membahagikan golongan kata mengikut fungsi-fungsi tertentu berdasarkan faktor sintaksis. Disebabkan kata-kata tugas mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, dalam pengajian kita tidak seharusnya menganggapnya sebagai dalam satu golongan. tetapi dalam kebanyakan buku tatabahsa golongan kata terbahagi seperti ini. ini menyebabkan kewujudan satu pertanyaan dalam fikiran saya. Dengan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas balasan surat yang akan datang. sekian terima kasih have a nice day^^

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif kerana frasa-frasa ini mempunyai satu unsur ini yang dapat menjadi wakil bagi frasanya, manakala frasa eksosentrik ialah frasa yang tidak terdapa unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya, contoh frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 81 dan artikel bertajuk "Konsep Endosentrik dan Eksosentrik" dalam akhbar Berita Harian, 31 Julai 2000 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim.

Tatabahasa05.06.2009
Saya mahasissua YIU ada soalan Apa kah Golonga kata dalam bahasa Melayu serta contuhnyaGolongan kata terdiri daripada 1. Golongan Kata Nama : (i) Kata Nama Khas, Contoh: Kuala Lumpur, Proton Saga; (ii) Kata Nama Am, contoh: kereta, jambatan ; (iii) Kata Ganti Nama, contoh: saya, aku. 2. Golongan Kata Kerja : (i) Kata Kerja Transitif (ii) Kata Kerja Tak Transitif. 3. Golongan Kata Adjektif. 4. Golongan Kata Tugas. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain14.07.2010
Ingin bertanya penjodoh bilangan tergolong di bawah golongan kata yang mana satu? dan bagaimanakah saya boleh mengenal pasti golongan kata bagi perkataan-perkataan bahasa Melayu?Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106.Tatabahasa09.03.2015
Adakah DBP menerbitkan kamus yang memberi definisi perkataan-perkataan bersertakan golongan kata seperti yang telah diterbitkan oleh pelbagai kamus bahasa Inggeris (Oxford, Longman, dll.)? Contoh: Makan - 1. (kata kerja) perbuatan.... 2. (kata nama) santapan... Sesetengah perkataan yang dicari di halaman Carian Kata PRPM tidak mempunyai paparan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan "punya" tidak diberi golongan katanya di halaman tersebut, tetapi hanya diberi penjelasan definisinya. Paparan golongan kata mampu meyenangkan lagi tugas penyelidik dalam bidang linguistik seperti saya. Terima kasih.

Untuk makluman tuan, DBP telah menerbitkan buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan: Edisi Baharu, 2008 yang memerikan perkataan berserta dengan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan makan diberikan pemerian dan golongan kata berserta kata terbitan yang terhasil pada halaman 538 manakala perkataan punya pada halaman 681.

Bagi penyelidik linguistik seperti tuan, kami cadangkan tuan mempelbagaikan sumber rujukan bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih tuntas.

Tatabahasa04.06.2014
Saya ingin mengetahui perkataan 'ada' dan 'semakin' dari golongan kata apa? Saya sudah membuat rujukan di Tatabahasa Dewan tetapi gagal mengenalpastinya.Perkataan ada dan semakin tergolong dalam golongan kata tugas.Tatabahasa28.04.2010
Apakah kategori golongan kata bagi ‘ruang’? Kata nama atau kata adjektif?Golongan kata bagi "ruang" ialah kata nama.Lain-lain21.03.2024
Slm. Sy memintya jasa cik/tuan/puan untuk memeriksa golongan kata bahan yang saya buat ini sama ada betul atau tak. Saya juga memohon cik/tuan/puan untuk membantu sy mengisi bahagian yang kosong sebab sy kurang pasti golongan kata perkataan tersebut. Terima kasih.Pertama sekali, mohon tuan/puan terjemahkan terlebih dahulu perkataan itu ke dalam bahasa Melayu supaya mudah dan jelas bagi kami untuk mengolongkan perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan25.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas