Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
belia1. muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); 2. pemuda; 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kehadiranperihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir.Kamus Dewan Edisi Keempat
cabar Itawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini; mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; cabar-mencabar (perbuatan) saling men­cabar (antara satu dgn lain): ~ adalah suatu bentuk provokasi yg mesti dielakkan; mencabarkan menawarkan hati, meng­hilangkan keberanian, menjadikan takut; tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~; cabaran 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg men­cabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~; kecabaran ketawaran hati, ketakutan; pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
muda1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum meng­hujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (ke­dudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perem­puan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
hadirada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir.Kamus Dewan Edisi Keempat
muda-mudigolongan orang muda (lelaki dan perempuan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
muda1 belum tua (bkn orang); masih remaja: Isterinya masih ~. anak ~ gadis atau teruna. 2 belum tua atau belum masak (bkn buah-buahan, daun-daunan dll). 3 agak pucat; kurang gelap (bkn warna): merah ~. 4 tingkatan, pangkat atau kedudukan yg kedua: menteri ~; raja ~ bakal raja; isteri ~ isteri yg terakhir atau yg terbaru. 5 belum lama lagi; belum larut: Negara Malaysia masih ~. bulan ~ awal bulan. ~ belia muda sekali. ~ hati orang tua yg bertingkah laku spt orang muda. ~-mudi golongan orang muda (lelaki dan perempuan). ~ remaja mula dewasa. memudakan menjadikan muda; menganggap muda. kemudaan keadaan atau sifat muda. kemuda-mudaan kelihatan muda atau spt anak muda (bkn kelakuan dsb); bertingkah laku spt anak muda. pemuda orang lelaki yg masih muda; orang muda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemudaanperihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaum1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh­tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsa­wan, dsb); ~ borjuis golongan orang per­tengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pang­katnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembah­yang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg ber­kaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
puak1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas