Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jambul (pd burung, ayam, dll), rambut pd dahi orang atau kuda, jambak: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja berpangkas ~; ~ gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor prb hal orang yg baik rupanya tetapi busuk hatinya; ®gembak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jambul pd bunga, ayam, burung dsb. 2 bulu pd dahi kuda. 3 rambut di sebelah depan kepala yg sengaja ditinggalkan; jambul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gombak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
casual find (chance find)jumpaan tak sengajaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenemuan artifak, ekofak atau fitur yang tidak dirancang atau tidak sengaja akibat aktiviti pertanian atau projek pembangunan yang tidak ditemui dalam konteks arkeologi. Contohnya, semasa kerja pembinaan terowong stesen LRT di tebing Sungai Gombak (Kuala Lumpur) telah ditemui porselin China, begitu juga dengan penemuan perahu di kawasan tapak pembinaan sebuah sekolah menengah di Sungai Yan (Kedah). Susulannya boleh dilakukan ekskavasi atau ekskavasi penyelamatan. Sinonim jumpaan biasa.
District CouncilMajlis DaerahPentadbiranTiadaBadan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Majlis ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang menjadi badan pentadbiran sesebuah pekan yang terletak di kawasan luar bandar. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan lebih kurang RM5 juta dan jumlah penduduk lebih kurang 100,000 orang. Majlis ini bertanggungjawab di dalam merancang dan membangunkan hal ehwal tempatan di bawah bidang kuasanya. Ia diketuai oleh seorang Yang Dipertua, biasanya Pegawai Daerah dan dibantu oleh lapan hingga 12 orang ahli. Contoh majlis daerah ialah Majlis Daerah Gombak (MDG).

Kembali ke atas