Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gon.dol] | ݢوندول

Definisi : 1. botak sama sekali (kepala), tidak berdaun (pokok): perutnya buncit, kepalanya besar ~; 2. tidak bertudung (bersongkok dll), tidak bertutup kepalanya (lelaki atau perempuan); 3. tidak ditumbuhi tanam-tanaman atau tumbuh-tumbuhan (spt padang pasir dll): tanah daratan itu hijau dan penuh dgn hutan, sangat berbeza dgn pantai pasir yg ~; menggondolkan 1. membuang rambut hingga gondol (botak); 2. ki menelanjangi, menghabiskan (harta benda dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gon.dol] | ݢوندول

Definisi : ; menggondol 1. Jw membawa dgn mulut, menggonggong: anjing ~ tulang; 2. Jw ki melarikan, mencuri: ~ barang-barang kemas; 3. ki memenangi, memperoleh (piala, sijil, dll) kerana kejayaan: dia banyak ~ hadiah dlm peraduan melukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gon.dol] | ݢوندول

Definisi : 1 tidak berambut (ttg kepala); botak. 2 tidak bertutup (bertudung) kepala. 3 tidak ditumbuhi apa-apa (ttg tanah). 4 tidak berdaun (ttg pokok). bergondol 1 berkepala yg dicukur rambutnya. 2 tidak memakai apa-apa di kepalanya. menggondol menjadi gondol. menggondolkan 1 menjadikan gondol dgn mencukur rambut di kepala. 2 ki menghabiskan harta. 3 memangkas daun-daun pd pohon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gon.dol] | ݢوندول

Definisi : ; menggondol 1 membawa dgn mulut; menggonggong: Anjing ~ tulang. membawa lari; mencuri. 2 mendapat hadiah tanda kemenangan dlm pertandingan dll; menerima hadiah kerana kejayaan: Dia telah ~ beberapa hadiah dlm acara olahraga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gondol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIRU

Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas.

Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu

tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan

kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau

casque menutupi bahagian atas kepalanya.

UMUM 
POKOK DAUN LURUH

Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana

pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu

setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di

kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok

daun luruh gugur daunnya pada musim luruh.

Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang

musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya,

tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok.

Sebelum daun mati, bahan makanan yang

terkandung dalam daun diserapkan semula kepada

ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan

digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok

daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar.

Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel

dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh

yang biasa yang mempunyai daun jejarum.

UMUM 
TIKUS HUTAN

Tikus hutan juga dikenali sebagai tikus

pengangkut atau tikus dagang, berasal dari

Amerika Utara dan Amerika Tengah. Ia kelihatan

seperti tikus rumah tetapi mempunyai telinga yang

lebih lebar, bulu lebih lembut dan ekor yang

berbulu, bukan ekor gondol, bersisik.

UMUM 
KUPU-KUPU GIPSI

Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili

kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok

hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika

Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan

daun pokok daun lebar dan daun jejarum.

Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh

menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh

mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun

lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam

beberapa tahun berturut-turut. Beluncas

kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya

pokok oak.

UMUM 
SEDUM

Sedum ialah genus (kumpulan) bagi kira-kira 600

spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak.

Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana

Utara. Ia adalah tumbuhan sukulen, atau

tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya

yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya

berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan

putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang

leper. Sesetengah sedum mempunyai batang

yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh

bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering

digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah

gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi

dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga

kadangkala dikenali sebagai stoneerop.

Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam

famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus

Sedum.

UMUM 

Kembali ke atas