Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak; menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; menggorengkan menggoreng utk: “Emak, gorengkan saya sebiji telur”; gorengan sesuatu yg digoreng; penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : ; menggoreng memasak dlm kuali yg dibubuhi minyak atau tidak: ~ ikan. gorengan apa-apa yg digoreng; hasil drpd menggoreng. penggorengan 1 bekas tempat menggoreng. 2 perbuatan atau hal menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goreng

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
uki Ibtauhu yang telah dikeringkan, fucuk.Suruh Bedi goreng dengan kacang panjang campur kicap. Kuahnya ayam tadi bercampur uki. Cukuplah lauk begitu. Kita tak mampu. Duit seratus itu, entah cukup atau tidak. Babi kita dah dikorbankan empat bulan yang lalu.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas