Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.so/] | ݢوسوق

Definisi : ; ~ gigi Id ubat gigi; abu ~ sj abu utk menggilapkan camca, garpu, dll; ubat ~ ubat yg disapukan (disentalkan) pd tubuh; bergosok 1. bergeser, bergesel, bergeseran; 2. sudah digosok (digilapkan): kemas rupanya dgn pakaian yg berseterika keras dan sepatu yg ~; menggosok 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); 3. = menggosok-gosok membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan; 4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. ark menggesek (biola dsb); menggosokkan, mempergosokkan 1. menggosok dgn (tangan, barang, dll), menggunakan sesuatu utk menggosok: Pawang Ahmad meramas limau serta ~nya ke badan orang sakit itu; 2. menjadikan bergeser, menggeserkan: sambil bercakap, orang India itu menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangannya; gosokan 1. sesuatu yg sudah digosok, pakaian dll yg akan atau sudah diseterika; 2. perihal menggosok; 3. = gosok-gosokan ki hasutan; penggosokan perihal menggosok; penggosok 1. alat utk menggosok; 2. orang yg menggosok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.so/] | ݢوسوق

Definisi : ; bergosok 1 bersentuh dgn sesuatu yg lain serta bergeser; bergesel: Kedengaran bunyi kayu ~. 2 sudah dilicinkan atau digilapkan dll: Baju ini belum ~ lagi. menggosok 1 membuat sesuatu menjadi licin dll dgn menggunakan sesuatu; menggeserkan sesuatu pd sesuatu benda lain supaya berkilat, bersih dsb: Abu sedang ~ gigi. 2 = ~ pakaian menyeterika pakaian. 3 mengasah batu permata. menggosokkan 1 menggunakan sesuatu utk menggosok: Dia ~ limau itu pd badannya. 2 membuat dua benda bergosok: Api boleh juga dihasilkan dgn ~ dua kayu kering kencang-kencang. gosokan 1 sentuhan atau gerakan utk menggosok; hasil menggosok: ~ yg kuat mungkin merosakkan alat itu. 2 sesuatu yg digosok. penggosok 1 benda atau alat yg digunakan utk menggosok. 2 orang yg kerjanya menggosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gosok

Peribahasa

Diapit tidak bersanggit,
     ditambat tidak bertali.

Bermaksud :

Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flatworkmesin gosokPentadbiran PerniagaanTiadaMesin yang mempunyai penggelek untuk melicin dan mengilatkan kertas, kain dan sebagainya.
scoureralat gosok (periuk belanga)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Kepingan nilon keras atau dawai digunakan untuk menyental periuk belanga.,2. Bahan serbuk yang digunakan untuk menyental periuk belanga, seperti serbuk sabun.
brass rubbinggosok loyangKesenianTiadaMenggosok permukaan logam untuk mendapatkan imej di atas kertas atau kain.
rubefacientubat gosokHerbaPemiawaianSediaan herba yang digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah pada anggota yang terseliuh atau melegakan sakit otot. Contohnya, minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra) dan minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus).
rubbingkarya gosokKesenianTiadaPemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
pleuritic friction rubgosok geseran pleurisiVeterinarTiadaTiada
pericardial friction rubgosok geseran perikardiumVeterinarTiadaTiada
rubbing alcoholalkohol gosokPertanianTiadaTiada
cylinder ironing machinemesin gosokPentadbiran PerniagaanTiadaMesin yang mempunyai penggelek untuk melicin dan mengilatkan kertas, kain dan sebagainya.
scrubsemak samun ;berus;ganyah;gosok;sentalGeografiTiada3. Semak samun: Kominiti tumbuhan yang kebanyakannya terdiri daripada pokok renik.
12

Kembali ke atas