Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gotong-royong;

Peribahasa

Ringan sama menjinjing,
     berat sama memikul.

Bermaksud :

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
communal workgotong-royongPertanianTiadaTiada
voluntarismfaham voluntarisSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman berasaskan kerja yang dilakukan secara sukarela atau bergantung kepada sukarelawan. Fahaman ini menolak unsur upah atau pergantungan kepada buruh yang dibayar. la menekankan kepada semangat egalitarian, tolong-menolong atau gotong-royong. Menurut fahaman ini, buruh dan upah tidak diperlukan apabila sesuatu kerja atau beban boleh dilakukan secara bersama atau oleh sukarelawan. Contohnya, faham voluntaris dapat dilihat dalam amalan gotong-royong masyarakat Melayu tradisional khususnya semasa mengerjakan sawah padi atau membina rumah. Sinonim voluntarisme.
nonmarketed goodsbarang tak diniagakanEkonomiTiadaBarang yang tidak diniagakan di pasaran tetapi ditukar melalui sistem tukar barang, atau diperoleh melalui kegiatan membuat sendiri. Misalnya, khidmat suri rumah dan kegiatan gotong-royong.
solidarityperpaduanSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti.
community relationsperhubungan kemasyarakatanKomunikasiKorporatSalah satu kaedah dan fungsi dalam bidang perhubungan awam yang bertujuan untuk memastikan citra syarikat atau organisasi dan institusi sentiasa berada dalam keadaan positif di mata khalayak, khususnya mereka yang berada di sekitar organisasi. Pendekatan perhubungan kemasyarakatan biasanya dirancang dan disesuaikan dengan budaya dan pola kehidupan khalayak di tempat syarikat atau organisasi beroperasi. Perhubungan kemasyarakatan boleh berlaku sama ada organisasi bersifat proaktif dengan menganjurkan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat berdasarkan permohonan dan bantuan yang disediakan. Sistem perhubungan biasanya dilakukan melalui ketua masyarakat, seperti ketua kampung, penghulu, dan tuai rumah. Terdapat dua cara aktiviti kemasyarakatan dilakukan, iaitu secara terancang dan tidak terancang. Antara aktiviti secara terancang yang kerap dilakukan termasuklah gotong-royong, kempen kebersihan, derma darah, penyediaan biasiswa, dan pembinaan kemudahan awam (jambatan, perhentian bas) serta menjemput wakil masyarakat untuk melawat organisasi atau syarikat semasa hari perayaan atau hari tertentu yang lain. Aktiviti tidak terancang pula dilakukan selepas sesebuah syarikat menghadapi krisis organisasi yang diketahui umum dan krisis luar jangka seperti bencana alam.

Kembali ke atas