Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. the act of governing, rule, kerajaan: ~ of the people by the people for the people, kerajaan rakyat oleh rakyat utk rakyat; 2. system of ruling, sistem pemerintahan, kerajaan: a democratic ~, kerajaan demokratik; 3. ruling body, kerajaan: to form a new ~, membentuk kerajaan baru; the Malaysian ~, kerajaan Malaysia; 4. the state as well as its administration, kerajaan: he works for the G~, dia bekerja dgn kerajaan; a ~ agency, agensi kerajaan; ~ securities, sekuriti kerajaan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata government


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MADRASAH MELAYU SARAWAK

MADRASAH MELAYU SARAWAK, sekolah menengah kerajaan. Sekolah ini ditubuhkan  setelah kegagalan Government Lay School. Government Lay School kemudiaannya disatukan dengan Sekolah Kampung Jawa pada tahun 1931. James Brooke menamakan sekolah ini Malay College tetapi kemudiannya ditukarkan kepada Madrasah Melayu Sarawak. Antara pengetua sekolah ini ialah Tuanku Madhi bin Tuanku Osman (1930-1946) dan Haji Jol bin Abdul Rahman (1947-1955).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
M. RAJAMANI

M. Rajamani (1943– ), atlet dan olahragawati

Malaysia. Dia lahir pada 11 November 1943 di

Tapah, Perak. Dia menerima pendidikan di Tapah

Government English School dan Sekolah Menengah

Raja Perempuan di Ipoh, Perak.

UMUM 
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V

SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V, sekolah Menengah    yang terulung di Negeri Sembilan. Sekolah ini pada asalnya adalah Government English School yang ditubuhkan pada 15 Januari 1923.  Sekolah ini terletak di sebuah bangunan stor stesen kereta api Sungai Ujong Seremban.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

MAKTAB SULTAN ABDUL HAMID, sekolah kerajaan. Sekolah ini terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Nama asal Maktab Sultan Abdul Hamid ialah Sekolah Inggeris Kerajaan (Government English School). Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 8 Disember 1908 dengan inisiatif Syekh Ahmad, Penguasa Pelajaran Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SYED NASIR ISMAIL, TUN

SYED NASIR ISMAIL, Tun, (1921-1982), tokoh bahasa dan ahli politik. Beliau lahir pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat. Kemudian, beliau memasuki Government English School Batu Pahat hingga lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI

Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996), Ketua Turus Angkatan Tentera (1969-1970). Beliau lahir pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau, Rompin, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan dan Government English School dan kemudiannya memasuki Special Malay Class pada tahun 1937.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED HUSIN ALI

SYED HUSIN ALI (1936- ), ahli akademik, ahli politik dan aktivis sosial. Beliau lahir pada 23 September 1936 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan agama hingga lulus Darjah Khas. Syed Husin kemudian belajar di Government English School, Batu Pahat hingga tahun 1953. Beliau menyambung pelajarannya di English College, Johor Bahru sebelum meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1958 dan ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1963. Kemudian beliau dilantik sebagai pensyarah di jabatan Pengajian Melayu di universiti tersebut. Pada tahun 1972, beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari London School of Economics and Political Science, University of London.

BUDAYATokoh
OTHMAN RASUL

OTHMAN RASUL (1940 -        ), penulis. Dia lahir pada 3 Ogos 1940 di Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Othman bin Mohd. Rasul. Othman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan (1948 – 1951) hingga tamat Darjah Empat. Kemudian dia meneruskan persekolahan dalam aliran Inggeris apabila dia memasuki Special Malay Class di Government English School, Teluk Intan (1952 – 1954).

SASTERATokoh
ZAKARIA HITAM (1912-      ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat.  Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang.  Dia lebih dikenali  dengan panggilan Pak Zek.  Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang.  Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937.  Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan.  Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970.SASTERATokoh

Kembali ke atas