Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1 tidak kukuh letaknya (ttg gigi dll); mudah dicabut; goyang: Mana-mana gigi yg ~, baik dicabut. 2 ki tidak tetap atau tidak teguh pendirian: Mereka yg ~ keyakinannya mudah terpengaruh oleh janji yg muluk-muluk. menggoyahkan menyebabkan jadi goyah; menjadikan tidak tegap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goyah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~.

 

Tatabahasa26.11.2008
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau
Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala  perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). 


Tatabahasa23.04.2020

Kembali ke atas