Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[graf] | ݢرف

Definisi : 1. rajah yg terdiri drpd beberapa garis, titik, dsb utk memaparkan saling hubungan antara dua nilai atau lebih yg berubah-ubah; 2. (Lin) simbol visual, terutamanya satu atau beberapa huruf, yg mewakili satu unit bunyi atau ciri ujaran yg lain; menggrafkan menggambarkan dgn graf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[graf] | ݢرف

Definisi : rajah yg terdiri drpd garis-garis utk menunjukkan pertalian antara dua nilai yg berubah-ubah. ~ turus graf yg terdiri drpd jalur atau palang yg menegak atau mendatar dan panjangnya berkadar dgn kuantitinya. menggrafkan merajahkan pertalian sesuatu nilai yg berubah-ubah dlm bentuk graf; menggambarkan sesuatu dlm bentuk graf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata graf


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
graf halaju-masavelocity-time graphGraf yang menunjukkan hubungan antara halaju sesuatu objek dalam tempoh masa yang tertentu. Kecerunan garis pada graf menunjukkan ukuran pecutan. Luas di bawah graf menunjukkan jarak yang dilalui oleh objek berkenaan. Lihat rajahMenengah Atas
graf jarak-masadistance-time graphGraf yang menunjukkan jarak perjalanan per unit masa. Kecerunan graf menunjukkan ukuran laju. Lihat rajahMenengah Atas
graf garisline graphGraf yang menggunakan tembereng garis untuk menghubungkan titik data dan memaparkan perubahan terhadap data dalam tempoh tertentu. Lihat rajahMenengah Atas
graf garisline graphGraf yang terhasil daripada garis yang menyambungkan titik-titik yang mewakili data tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
graf fungsigraph of functionGraf yang terhasil daripada fungsi tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
grafgraphRajah, gambar atau carta yang menunjukkan data seperti graf garis, carta palang dan piktograf. Lihat ContohSekolah Rendah
grafgraphPerwakilan data dalam bentuk gambar rajah yang digunakan untuk memaparkan sesuatu maklumat.Menengah Atas
grafgraphGambar rajah yang menunjukkan hubungan antara dua atau lebih set nombor yang berkait antara satu sama lain.Menengah Rendah
graf barbar graphLihat carta palang.Menengah Atas
ogifogiveGraf keluk kekerapan longgokan untuk menunjukkan taburan satu data. Lihat rajahMenengah Atas
123

Kembali ke atas