Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[graf] | ݢرف

Definisi : 1. rajah yg terdiri drpd beberapa garis, titik, dsb utk memaparkan saling hubungan antara dua nilai atau lebih yg berubah-ubah; 2. (Lin) simbol visual, terutamanya satu atau beberapa huruf, yg mewakili satu unit bunyi atau ciri ujaran yg lain; menggrafkan menggambarkan dgn graf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[graf] | ݢرف

Definisi : rajah yg terdiri drpd garis-garis utk menunjukkan pertalian antara dua nilai yg berubah-ubah. ~ turus graf yg terdiri drpd jalur atau palang yg menegak atau mendatar dan panjangnya berkadar dgn kuantitinya. menggrafkan merajahkan pertalian sesuatu nilai yg berubah-ubah dlm bentuk graf; menggambarkan sesuatu dlm bentuk graf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata graf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu maksud istilah "block graph" dalam bidang matematik? Adakah sama seperti graf palang/graf bar? Terima kasih.Graf palang ialah terjemahan kepada bar graph. Dalam bidang perubatan terdapat istilah block graft dan diterjemahkan kepada graf blok.Istilah16.06.2014
Salam, Timbul persoalan semasa nak menyiapkan laporan; Mana ayat yang lebih tepat...Berdasarkan graf di atas atau Berdasarkan pada graf atau Berdasarkan pada graf di atas. Terima kasih

Berdasarkan graf di atas...

Berdasarkan graf A2...

Contoh yang diberikan ini boleh digunakan. 

Lain-lain11.08.2009
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Lukis satu graf garis suhu melawan masa pada kertas graf yang disediakan. 1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan. Sekian, terima kasih.1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan.Tatabahasa30.11.2011
Salam, Ayat yang manakah betul? (a) Lakar graf pada ruang jawapan atau Lakarkan graf pada ruang jawapan. (b) Gariskan jawapan yang betul atau Garisi jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran kan dan i. Terima kasih.Ayat yang betul:
(a) Lakarkan graf pada ruang jawapan.
(b) Gariskan jawapan yang betul / Garisi jawapan yang betul

Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif dan terdapat dua pengertian khusus, iaitu memberi pengertian kausatif (menyebabkan jadi) dan memberi pengertian benefaktif (melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain), manakala akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif dalam dua bentuk, iaitu dalam ayat pasif diri pertama dan kedua dan dalam ayat suruhan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 186 - 190.
Tatabahasa22.02.2023
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:

1. Tukarkan pecahan kepada peratus.
2. Lukiskan graf pada ruang jawapan.
3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.
4. Ramalkan isi padu air di dalam bekas.
5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan.  (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.
Lain-lain20.10.2023
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.

Semua ayat tersebut betul:

1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus.

2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan.

3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.

4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas.

5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

Contohnya:

i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan;

ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan;

iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan;

iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan;

v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan.

Akhiran –kan juga merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif.

Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu:

(i)
memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. 

(ii) memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan (membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 - 186.

Lain-lain23.10.2023
Salam, saya masih belum menerima maklum balas bagi pertanyaan bertarikh 23/10/2023. Ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan yang dikemukakan.

Jawapan yang betul ialah:

1. Tukarkan pecahan kepada peratus.
2. Lukiskan graf pada ruang jawapan.
3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.
4. Ramalkan isi padu air di dalam bekas.
5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan.  (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.
Lain-lain30.10.2023
Makna & fungsi carta organisasiCarta  ialah paparan yang mengandungi keterang­an (tentang harga, suhu, senarai sesuatu dan sebagainya) dalam bentuk graf, gambar rajah dan sebagainya. Carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut.Makna13.01.2011
trangkan kata mjmuk y terdri drpd istilah khusus?Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.Tatabahasa24.06.2011
Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih,

Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia.

Istilah17.12.2019
12

Kembali ke atas