graviti filter | turas graviti; penuras graviti | Farmasi | Tiada | Alat penuras yang hanya bergantung kepada daya graviti untuk proses penurasan. Contohnya, penuras graviti Nutzche. |
zero graviti | graviti sifar | Aeroangkasa | Tiada | Keadaan yang tiada sebarang pecutan sama ada daripada graviti atau daya-daya yang lain yang menyebabkan keadaan tanpa berat terhasil. |
gravitational flux density | ketumpatan fluks graviti | Fizik | Mekanik | Hasil darab keamatan medan graviti, g, dengan pemalar graviti, G. lih. sesaran graviti |
gravity flow | aliran graviti | Biologi | Ekologi | Pergerakan aliran air yang dikuasai oleh kesan graviti. Aliran graviti menentukan penyebaran nutrien danorganisma di dalam sesuatu jasad air. |
gravitational head | turus graviti | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tenaga keupayaan sesuatu pengaliran yang ditukarkan kepada unit turus dengan membahagikannya dengan rg (r = ketumpatan, g = pecutan graviti). Turus graviti diungkapkan sebagai hg = z, dengan hg = turus graviti (m), z = ketinggian (m). |
gravitational displacement | sesaran graviti | Fizik | Mekanik | 1 lih. ketumpatan fluks graviti. 2 Kuantiti vektor yang mengungkapkan hasil darab kekuatan medan graviti, g dan pemalar graviti, G. |
gravitational waves (gravitational radiation) | gelombang graviti (sinaran graviti) | Geografi | Tiada | Tiada |
gravitational waves (gravitational radiation) | gelombang graviti (sinaran graviti) | Matematik | Tiada | , yang terhasil apabila jasad padat dipecutkan ataupun diganggu. Gangguan ini merupakan riak dalam lengkung masa-ruang yang bergerak pada kelajuan cahaya, dengan julat frekuensi yang besar, dan membawa bersama tenaga dari punca. Kewujudan gelombang seperti ini belum lagi dapat dipastikan secara muktamad, tetapi jika wujud, sudah tentu masa letupan supernova atau dalam aktiviti tenaga di dalam teras galaksi aktif yang berkaitan dengan lubang hitam. |
projectile motion | gerakan peluncur | Mekanik | Gunaan | Gerakan penerbangan bebas yang tidak melibatkan sebarang daya kecuali daya graviti. Daya graviti ini menyebabkan pecutan malar menghala ke bawah bernilai lebih kurang 9.81 m.s-2. Komponen halaju di arah mengufuk adalah malar untuk keseluruhan penerbangan tetapi komponen halaju di arah tegak berubah berdasarkan pecutan graviti tersebut. Analisis gerakan peluncur biasanya dibuat dengan mengambil kira komponen kuantiti kinematik yang berada pada dua arah yang berkenaan secara berasingan. Lihat juga bidang peluncur. |
acceleration of gravity | pecutan graviti | Fizik | Mekanik | Kadar perubahan halaju terhadap waktu disebabkan oleh daya graviti atau dimaksudkan juga perbandingan nisbah berat terhadap jisim sesuatu benda. Pecutan graviti dialami oleh semua benda yang jatuh secara bebas. Nilai pecutan graviti juga bergantung pada ketinggian dan kedudukan dari pusat bumi. Nilai dan simbol pecutan graviti yang biasa digunakan ialah g = 9.80665 ms-2. |