Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gréd] | ݢريد

Definisi : (gréd) 1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2. pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan tertentu): ~ satu (dua, tiga); menggredkan menentukan gred (mutu); penggredan perihal atau perbuatan menggredkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gréd] | ݢريد

Definisi : /gréd/ 1 peringkat atau darjah sesuatu nilai dll; mutu: Padi itu dibeli dgn harga yg ditetapkan mengikut ~ masing-masing. 2 kelas bagi barang-barang yg sama jenisnya: Getah asli dikeluarkan dlm berbagai-bagai bentuk dan ~. 3 peringkat atau tingkatan kelulusan (dlm peperiksaan dll): Ani mendapat ~ pertama dlm peperiksaan SPM. menggredkan membahagi-bahagikan mengikut gred: Pekerja itu ~ telur mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gred


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downgradingturun gred; gred rendahPerhutananTiadaTiada
downgradingturun gred; gred rendahVeterinarTiadaTiada
seed selectionpemilihan biji benihGeografiTiadaProses memilih biji benih berdasarkan gred-gred tertentu untuk disemai atau ditanam.
gradingpenggredanPendidikanTiada

 Proses menilai kualiti prestasi pelajar berdasarkan gred-gred tertentu.

veneer gradingpenggredan venirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses pemilihan dalam pengasingan venir berasaskan gred tertentu. Penggredan venir berdasarkan bentuk ira, warna kayu dan cacat seperti kehadiran buku, retak, dan lubang serangga yang terdapat pada permukaan venir. Bagi venir kayu keras, terdapat empat gred venir iaitu gred premium, gred pilihan 1, gred baik 2, dan gred kegunaan am. Penggredan venir biasanya dilakukan hanya kepada venir muka.
Atterberg grade scaleskala gred AtterbergGeologiTiadaSkala gred geometri dan perpuluhan untuk pengelasan zarah di dalam endapan yang berdasarkan nilai unit 2 nm dan melibatkan nisbah tetap 10 bagi setiap gred yang berturutan.
gradegredPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutankategori kayu atau hasil hutan yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan seperti saiz, kekuatan, rupa dan kegunaan yang memenuhi keperluan suatu peraturan penggredan. Misalnya, kayu gergaji mempunyai beberapa gred tertentu, seperti gred terbaik atau dipilih.
grade marktanda gredPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSimbol untuk mengesahkan gred kayu berdasarkan kehadiran atau ketiadaan cacat seperti retak, buku, dan/atau reput. Terdapat dua kumpulan tanda gred berdasarkan dua spesifikasi, iaitu spesifikasi pasaran am dan spesifikasi pasaran khas.
Udden-Wentworth grade scaleskala gred Udden-WentworthKejuruteraanPetroleumSistem pengelasan atau penggolongan sedimen kelas/gersik mengikut gred saiz yang tertentu berdasarkan saiz butiran. Saiz butiran diwakili oleh diameter butiran yang diukur dalam unit mm. Penggolongan atau pembatasan gred saiz dibuat berdasarkan angka 2 termasuk angka-angka terbitan hasil perkalian kuasa daripada angka 2 tersebut. Angka-angka batas yang dipilih ialah 2, 1/16, 1/256 untuk mengelaskan sedimen kepada golongan rudit, arenit dan argilit. Skala pengelasan ini adalah hasil paduan dua skala, iaitu skala Udden (1932) dan skala Wentworth (1933).
multigrade oilminyak pelbagai gredKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak enjin yang berkelikatan rendah ketika sejuk dan tinggi ketika panas berbanding minyak satu gred. Kelikatan minyak yang rendah diperlukan untuk memudahkan pengengkolan enjin, manakala kelikatan yang lebih tinggi diperlukan untuk A mengekalkan pelinciran yang baik kepada komponen dalaman enjin ketika beroperasi. Contoh piawaian penggredan minyak yang popular ialah piawaian gred kelikatan yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif Amerika Syarikat (SAE). Bagi minyak SAE 10W-30, kod 10W bermaksud berkelikatan maksimum 3500 cP ketika sejuk, iaitu pada suhu -25°C. Kod 30 pula bermaksud kelikatan pada suhu tinggi, iaitu pada 100°C dalam julat 9.3-12.5 cSt. Sinonim minyak pelbagai kelikatan Banding minyak satu gred.
12345678910...

Kembali ke atas