Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.dang] | ݢودڠ

Definisi : bangunan atau rumah tempat menyimpan barang-barang: ~ getah; bergudang-gudang beberapa gudang (banyaknya); menggudangkan menyimpan dlm gudang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.dang] | ݢودڠ

Definisi : rumah (bangunan) tempat menyimpan barang-barang dgn banyaknya: ~ garam; ~ ubat. bergudang-gudang beberapa gudang. menggudangkan menyimpan dlm gudang atau memasukkan ke dlm gudang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gudang

Puisi
 

Singapura gudang seratus,
     Hisis mari kain pelikat;
Kalau cik abang menjadi putus,
     Nyawa di badan jadi pengikat.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warehouse-to-warehouse clausefasal gudang ke gudangPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam insurans kargo marin yang memberi perlindungan dari gudang permulaan hingga ke gudang terakhir.
field warehousegudang luarPentadbiranTiadaGudang yang disewa oleh sebuah syarikat gudang yang berada diatas kawasan syarikat lain.
data warehousegudang dataTeknologi MaklumatPerisianRepositori data yang disimpan secara elektronik dalam organisasi. Gudang ini direka bentuk untuk memudahkan proses melapor dan menganalisis data. Komponen yang paling penting dalam sistem gudang data ialah pencapaian semula data, penganalisisan, pengekstrakan, pemindahan, pemuatan dan pengurusan kamus data. Kini, takrifan gudang data diperluas lagi dengan memasukkan peralatan kecerdasan perniagaan, peralatan untuk mengekstrak dan memindahkan data ke dalam repositori, peralatan untuk mengurus serta mencapai semula metadata.
warehouseman's liability insuranceinsurans liabiliti penyelenggaraan gudanginsuransTiadaInsurans perdagangan yang melindungi liabiliti penyelenggaraan gudang bagi kerugian atau kerosakan harta yang disimpan di gudang tersebut.
warehouseman's liability insuranceinsurans liabiliti penyelenggaraan gudangPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans perdagangan yang melindungi liabiliti penyelenggaraan gudang bagi kerugian atau kerosakan harta yang disimpan di gudang tersebut.
bonded warehousegudang terikatPelayaranTiadaGudang yang disediakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais untuk mengumpul barang-barang yang perlu dibayar cukai.
bonded warehousegudang terikatPentadbiranTiadaGudang untuk menyimpan barangan import yang belum dijelaskan duti atau cukai importnya.
public warehousegudang awamPentadbiranTiadaGudang yang dikendalikan oleh syarikat pergudangan.
transit shedgudang singgahanKejuruteraan AutomotifTiadaGudang yang terletak bersebelahan dengan dermaga untuk menyimpan barang-barang yang diturunkan daripada kapal, sebelum dituntut oleh pengimport.
godowngudangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas