Gugusan pulau di Indonesia sentiasa diancam letusan gunung berapi. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TK | Ayat tersebut tiada kesalahan. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
gugusan/ kelompok | gugusan semerak | Makna | 25.06.2008 |
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat di bawah?Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar di / dalam / di dalam Gugusan Pulau Langkawi. Terima kasih. | Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar dalam Gugusan Pulau Langkawi. | Tatabahasa | 17.01.2012 |
Apakah ejaan Jawi bagi gugusan "TH" spt negara "Thailand", saya lihat di ejawiMakmur dieja beserta huruf Ha Simpul (تهايلند), sedangkan mengikut ejawiM dan DBP, ejaan bergugus TH spt kata Thaipusam pula adalah tanpa Ha Simpul (تايڤوسم). | Ejaan Jawi bagi kata yang mempunyai susunan konsonan "th" akan dieja menggunakan: a) sa (ث) jika sepadan dengan kata serapan bahasa Arab, dan b) ta (ت) jika sepadan dengan kata serapan bahasa Inggeris dsb dalam bahasa Melayu. Oleh hal demikian, kata seperti kata Thailand (تايلند) dan Thaipusam (تايڤوسم) dieja sebegini dalam bahasa Melayu. Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan bahasa Melayu. | Ejaan | 21.02.2024 |
1. maksud bintang tujuh 2. kritikan | 1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman. | Makna | 14.12.2006 |
Apakah sumber yang boleh dirujuk untuk memeriksa fonetik atau bunyi sebutan gugusan konsonan terutamanya perkataan khusus, khas, khalifah, khaligrafi,khat, ghaib dan lain-lain. terima kasiah | Sumber yang boleh dirujuk ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 24.09.2020 |
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apa | Bintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa. | Makna | 13.12.2006 |
saya pelajar kelas dasar univesiti fatoni ingin bertanya tata bahasa apakah makna nusantara, terima kasih. | Kamus Pelajar mendefinisikan nusantara sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nusantara&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 07.04.2015 |
Yang manakah penggunaan kata yang tepat? Kepulauan Borneo atau Pulau Borneo. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, kepulauan membawa maksud sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau, contoh: Kepulauan Borneo. Manakala perkataan pulau pula membawa maksud tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.08.2018 |
1.PUSAT BELI - BELAH ATAU PUSAT MEMBELI BELAH? 2.APAKAH MAKSUD KLASTER? DAN BEZA KLUSTER DENGAN KLASTER? | Berdasarkan rujukan kami, tiada kata klaster. Manakala kluster terdapat dalam istilah MABBIM yang digunakan di Indonesia. Di Malaysia istilah kluster bermaksud kelompok, gugusan dalam bidang teknologi maklumat. | Lain-lain | 10.06.2010 |