Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ling] | ݢوليڠ

Definisi : ; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek); berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek; bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~; terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ling] | ݢوليڠ

Definisi : ; bantal ~ bantal panjang yg bulat torak bentuknya. berguling bergerak berpusing berbalik-balik; bergolek: Keretanya kemik ditimpa batu yg ~ dr lereng bukit. berguling-guling berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. bergulingan berguling berkali-kali; berguling beramai-ramai (dgn banyaknya): Tin-tin kosong ~ di tanah. menggulingkan 1 menolak supaya berguling; menyebabkan berguling: Siapa yg ~ balak itu ke sungai? 2 ki menjadikan seseorang jatuh dr kedudukannya, pangkatnya dsb; menjatuhkan: Segala usaha utk ~ kerajaan telah gagal. 3 menjadikan seseorang juara kalah dlm pertandingan dsb; mengalahkan: Juara tenis dr Australia itu telah ~ juara dr England. terguling 1 sudah atau telah digulingkan: Dlm pilihan raya yg lalu, partinya ~. 2 terletak tidak menentu; tergelimpang: Mayat manusia yg terkorban dlm pertempuran itu ~ di sana sini. terguling-guling berguling berulang kali (dgn tidak sengaja); berputar berbalik-balik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guling


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tumble~ about, tergolek-golek, berguling-guling: the boys were wrestling and tumbling about on the floor, budak-budak itu sedang bergomol dan berguling-guling di atas lantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thrashvi also ~ about, ~ around, move violently, a. (in pain) berguling-guling: the sick child ~ed about in pain, budak yg sakit itu berguling-guling kesakitan; b. (in the attempt to free os) meronta-rontKamus Inggeris-Melayu Dewan
roll~ about, bergolek-golek, berguling-guling: the cat was ~ing about on the carpet, kucing itu sedang bergolek-golek di atas permaidani;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolstern 1. long narrow pillow, bantal /peluk, golek, guling/; 2. (archit) junjung tiang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rollvi 1. move by turning over and over like a ball, bergolek-golek, berguling-guling: the ball ~ed into the hole, bola itu bergolek-golek ke dlm lubang; round objects ~ easily, benda-benda bulat mudah bergolek; he was ~ing in agony on the floor, dia bergolek-golek kesakitan di atas lantai; 2. move on wheels, meluncur: he released the brake and the car ~ed down the hill, dia melepaskan brek dan kereta itu meluncur menuruni bukit; 3. flow in an undulating movement, bergulung-gulung: huge waves ~ed on to the beach, ombak besar bergulung-gulung menuju ke pantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Dutchadj; a ~ treat, belanja /sendiri-sendiri, masing-masing/; ~ wife, bolster, bantal /peluk, guling, golek/; double ~, (colloq) entah apa-apa: yesterday’s talk which was full of medical jargon was ~ to me, pd saya, ceramah semalam yg penuh dgn jargon perubatan entah apa-apa; go ~, (colloq) belanja /sendiri-sendiri, masing-masing/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rolln 1. rolling movement, a. (of ship, sea) olengan; b. (of person, animal) golekan, gulingan, bergolek-golek, berguling-guling: the dog enjoyed his ~ on the grass, anjing itu seronok bergolek-golek di atas rumput; 2. anything rolled up in cylindrical form, gulung: a ~ of carpet, segulung permaidani; a ~ of toilet paper, segulung kertas tandas; 3. official list, senarai, daftar: an electoral ~, daftar pengundi; the ~ of honour at the war memorial, senarai nama yg diberi penghormatan di tugu peringatan peperangan; /call, read/ the ~, memanggil nama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cubn 1. (of animal) anak, (+ equivalent for parent animal): they have caught a tiger and its ~, mereka telah menangkap seekor harimau bersama anaknya; three playful ~s rolling in the grass, tiga ekor anak beruang yg lincah sedang berguling-guling di atas rumput; 2. ill-mannered youth, pemuda biadab; 3. see CUB REPORTER.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send5. move, impel, [various translations]; (by explosion, earthquake or unintentional action) menyebabkan: he sent the ball right into the goal, dia menghantar bola itu tepat ke dlm gol; he sent a huge boulder rolling down the hill, dia menolak batu yg besar itu berguling-guling ke bawah bukit; the explosion sent the glass flying, ledakan itu menyebabkan kaca berterbangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alongadv 1. usu ~ with, accompanying, bersama(-sama); (fml) berserta; (infml) ikut: don’t forget to bring your passport ~ (with you), jangan lupa membawa pasportmu bersama; ~ with my application I enclose a recent passport photo of myself, berserta dgn permohonan ini saya lampirkan sekeping foto pasport saya yg terbaru; can my sister come ~ too?, bolehkah adik saya ikut?; sing ~, ikut bernyanyi; 2. (indic progressive motion), [use approp v + reduplication]: he walked ~, deep in thought, dia berjalan-jalan sambil termenung-menung; the ball rolled ~ for a few more metres, bola itu berguling-guling beberapa meter lagi; 3. (with numerical expression) further in a given direction, selang: three doors ~ (from here), selang tiga pintu (dr sini);Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas