Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.na] | ݢونا

Definisi : 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia dlm kegiatan dan perkembangan ekonomi; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai); berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; kebergunaan perihal (keadaan dsb) berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan; menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~ kuasa elektrik; mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah;gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~; kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu; pergunaan ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian; penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~; pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.na] | ݢونا

Definisi : ; guna-guna jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; menggunai mengguna-gunai; mengguna-gunai mengenakan guna-guna (ubat pengasih) pd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.na] | ݢونا

Definisi : 1 sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2 tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3 sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~, jangan ditolong. ~ sama dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. kebergunaan perihal atau keadaan berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah memang tidak dpt dinafikan. menggunakan 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. gunaan (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. kegunaan 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gu.na] | ݢونا

Definisi : ; guna-guna jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. mengguna-gunai mengenakan guna-guna pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
misusen salah guna: ~ of government subsidies, salah guna subsidi kerajaan; blatant ~ of authority, salah guna kuasa secara terang-terangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reclaimvt 1. make (land) suitable for use, menebus guna: this area has been ~ed from the sea, kawasan ini telah ditebus guna dr laut; 2. recover substances from waste products, memulih guna: the old bottles are collected so that the glass can be ~ed, botol-botol lama dikumpulkan supaya kacanya dapat dipulih guna; 3. reform, memulihkan: it is difficult to ~ a drug addict, penagih dadah sukar dipulihkan; 4. demand return of, menuntut /balik, kembali/: you can only ~ the purchase price if you have a receipt, tuan hanya dapat menuntut balik harga belian jika tuan mempunyai resit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unreclaimedadj tdk ditebus guna: ~ marshland, kawasan paya yg tdk ditebus guna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irreclaimableadj tdk boleh dipulih guna: ~ land, tanah yg tdk boleh dipulih guna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
universal5. (mech) adjustable to many sizes or uses, serba guna: a ~ spanner, sepana serba guna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disposableadj 1. that can be disposed of after use, pakai buang: ~ nappy, napkin pakai buang; 2. vailable for use, boleh guna: ~ assets, aset boleh guna; ~ income, pendapatan boleh guna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squirt 2. (colloq & derog) small, youthful, self-important fellow, si tak guna: that little ~ behaves as if he were the manager, not a junior clerk, si tak guna itu berlagak seolah-olah dia pengurus dan bukan kerani rendah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
preciousa ~ lot of good, (colloq) tak ada guna lagi: the offer of help has come too late. A ~ lot of good it will do him now, tawaran bantuan terlalu lewat. Tak ada guna lagi baginya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lousen 1. wingless, blood sucking-insect, kutu; 2. (sl) unpleasant person, (approp n) tak guna: he left me without a cent in my pocket – the ~!, dia tinggalkan saya tanpa sesen pun dlm poket – jantan tak guna!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pleaseif you ~ Sir, we must discuss this right away?, bolehkah saya bercakap dgn tuan sekarang juga?; b.(indic annoyance) tak guna betul, kurang asam: and now, if you ~, she’s asked me to do it all over again, tak guna betul, dia suruh saya membuatnya semula; c. (indic surprise) percaya/tu, engkau/: my neighbour is called Adolf Hitler if you ~!, percaya tu! Nama jiran saya Adolf Hitler;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas