Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna-guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGuna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang.
Kurik Kundi Merah SagaGuna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bercerah, Kalau tidak bercahaya lagi; Apa guna nyawa berserah, Kalau tidak belajar lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna sayur betik, Kalau tidak menggulai keladi; Apa guna berbini cantik, Kalau hidup tidak berbudi.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa; Apa guna memandang cantik, Kalau tidak berbudi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.
12345678910

Kembali ke atas