Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.ting] | ݢونتيڠ

Definisi : 1. alat utk memotong kain (rambut, kertas, dll) yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan; ~ babi sj perangkap babi yg menggunakan pisau; ~ tiket alat untuk menebuk lubang pd tiket; tukang ~ rambut tukang potong rambut; 2. bentuk atau potongan (baju, rambut, dll): baju ~ Cina; rambut ~ GI; spt ~ makan di hujung prb mencapai sesuatu dgn diam-diam; bergunting 1. menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting: dia baru saja lepas ~; 2. dipotong dgn gunting: kain itu belum ~ lagi; menggunting 1. memotong dgn gunting,memangkas (rambut dll); 2. Id menipu,mencatut;~ hati menyakitkan hati orang; ~ dlm lipatan prb membinasakan sahabat (bangsa dll)sendiri;mengguntingkan menggunting (kain dll)utk dijadikan sesuatu (baju dll): kalau ya kasihkan kami guntingkan awan sehelai baju; guntingan 1. hasil drpd menggunting, potongan (karangan, akhbar, buku, dll); 2.(Komp) gambar atau teks yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain;penggunting 1. orang yg menggunting; 2.alat utk menggunting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.ting] | ݢونتيڠ

Definisi : 1 alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~ bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2 potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1 menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~. 2 dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting 1 memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2 ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati. guntingan 1 hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. 2 ist gambar atau teks (komputer) yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain. penggunting 1 orang yg menggunting. 2 alat yg digunakan utk menggunting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gunting

Puisi
 

Gunting saya gunting besar,
     Jarang sekali guntingkan daun;
Anak saya sudah besar,
     Manakan nak nanti barang setahun.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sepasang gunting atau sebilah gunting?Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Gunting tiada penjodoh bilangan yang khusus. Penjodoh bilangan yang paling hampir bagi gunting ialah sebilah.Tatabahasa28.08.2013
KEDAI GUNTING RAMBUT BUJANG BARBER SHOP ACADEMY HAIRCUTS AND SHAVESUntuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. Sila rujuk PANDUAN PELANGGAN dan video YOUTUBE yang terdapat pada laman web tersebut untuk tatacara permohonan iklan.

Sila buat pembetulan berikut:
1. Sila pastikan BUJANG BARBER SHOP merupakan nama yang berdaftar dengan SSM. Sekiranya tidak berdaftar dengan SSM, campuran bahasa Melayu dan Inggeris tidak boleh digunakan. Sekiranya BUJANG merupakan nama pemilik kedai, sila nyatakan perkara ini pada bahagian Maklumat tentang Iklan ketika mengisi borang Maklumat Iklan.
2. Sila terjemah teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf.
Lain-lain12.10.2022
KEDAI GUNTING RAMBUT FIRDAUS

Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my. Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600

Lain-lain24.11.2017
Kedai Gunting Rambut GENTLEMANS QUARTERS JM0818136 -MSila layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.Lain-lain02.10.2017
Kedai gunting rambutUntuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my. Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600.Lain-lain19.07.2017
KEDAI GUNTING RAMBUT SAMY SALON RAMBUT & KECANTIKAN HAIR & BEAUTY 沙美理发院 DIMILIKI OLEH: SAMY HAIR STYLISY (002590738-U) CUTS/SHAVE/TRIM/BEAUTY

Untuk pengesahan iklan sila layari laman web

http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain06.06.2017
KEDAI GUNTING RAMBUT IDAMANUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain16.07.2014
se______ gunting a. pasang b. bilah terima kasihJawapannya ialah sebilah guntingTatabahasa17.07.2019
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimutGunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat.Makna09.05.2008
Assalamualaikum tuan. Izinkan saya bertanya berberapa soalan. 1.Mana satukah ayat yang betul. (a) Ani menyimpan gunting di dalam laci. (b) Ani menyimpan gunting ke dalam laci. 2. Minta penjelasan penggunaan di dalam dan ke dalam.
Menurut Tatabahasa Dewan kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Oleh itu, ayat Ani menyimpan gunting ke dalam laci lebih tepat.
Tatabahasa08.09.2015
123

Kembali ke atas