Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.nung] | ݢونوڠ

Definisi : bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, me­muncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.nung] | ݢونوڠ

Definisi : kumpulan tanah tinggi berpuncak yg biasanya melebihi 1,000 kaki (± 303 meter); bukit besar: ~ Tahan; ~ Ledang. ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, belerang dsb dr mulutnya (kawah). ~ berapit gunung yg terletak di antara dua gunung. ~-ganang, = ~-gemunung berbagai-bagai gunung; beberapa banyak gunung. ~ lipat gunung yg terjadi akibat lintap batu-batan berubah bentuk atau berlipat (dpt dikenal kerana lapisan batu-batan menjadi herot dan berombak-ombak). ~ payung ki orang (mis anak) yg disayangi. bergunung-gunung, = bergunung-ganang banyak gunungnya: kawasan yg ~. menggunung menjadi tinggi spt gunung. pergunungan tanah yg tinggi lagi banyak gunungnya; kelompok gunung; kawasan yg bergunung-gunung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gunung

Puisi
 

Ke sini gunung ke sanalah gunung,
     Di tengah gunung berisi batu;
Ke sini bingung di sanalah bingung,
     Di dalam bingung hati tak tentu.


Lihat selanjutnya...(133)
Peribahasa

Gunung juga yang dilejang panas.

Bermaksud :

Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
shut ~ st in, mengelilingi sst: the high mountains that ~ in the village, gunung-gunung tinggi yg mengelilingi desa itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rangevi 1. extend in a line, menganjur: the mountains that ~ to the north, gunung-gunung yg menganjur ke utara; the frontier ~s north and south, sempadan itu menganjur ke utara dan selatan; 2. wander, roam, merayau-rayau; (of mind) berkisar: the wild animals that ~ through the jungle, binatang-binatang liar yg merayau-rayau di hutan; pickpockets ~d through the streets, penyeluk saku merayau-rayau di jalan-jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sheer 1 adv steeply (upwards) naik menegak; (downwards), (turun) mencuram: the mountains rise ~ from the sea, gunung-gunung itu naik menegak dr laut; the path drops practically ~ to the sea, lorong itu hampir-hampir mencuram ke laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
box1~ /so., st/ in, mengelilingi/sso, sst/: the town was ~ed in by high mountains, bandar itu dikelilingi gunung-gunung yg tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ring 1 vt 1. surround, encircle, melingkari, mengelilingi: the valley was ~ed by high mountains, lembah itu dilingkari gunung-gunung yg tinggi; 2. make a ring round, membuat bulatan pd: he ~ed the spelling mistakes with red pencil, dia membuat bulatan pd kesalahan-kesalahan ejaan itu dgn pensel merah; 3. put a ring on, memasang cecincin (pd): homing pigeons are ~ed, burung merpati pengutus dipasang cecincin pd kakinya; 4. hem in (cattle etc) mengepung dgn membuat bulatan: the cowboys ~ed the cattle, koboi-koboi mengepung lembu-lembu itu dgn membuat bulatan; 5. (in games) throw a ring round, membaling cecincin pd.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plungec. (of sun) terbenam: as evening approached the sun started its ~ behind the mountains, menjelang senja, matahari mula terbenam di balik gunung-gunung itu; 2. short swim, berenang: he decided to take an early morning ~ in the pool, dia bercadang utk berenang pagi-pagi di kolam itu; 3.sudden course of action, keputusan yg tiba-tiba: her ~ into marriage shocked her family, keputusannya yg tiba-tiba utk berkahwin memeranjatkan keluarganya; 4. sudden fall in amount, menjunam: there’s been a downward ~ in the stock-market, harga-harga di pasaran saham telahKamus Inggeris-Melayu Dewan
spectacle 2. remarkable or noteworthy sight, pemandangan: the sun setting behind the mountains provided us with a fine ~, matahari yg jatuh di belakang gunung-gunung itu memberi kami satu pemandangan yg sungguh indah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loftyadj 1. (liter.) very high, tinggi mengawan; (of corridor, hall, wall) sungguh tinggi: the ~ mountains form the backdrop to the coastal plain, gunung-gunung yg tinggi mengawan menjadi latar belakang bagi dataran pantai itu; two ~ pillars stood at the front of the portico, dua batang tiang yg tinggi mengawan tegak berdiri di hadapan serambi anjung itu; the ~ ceiling of the church, siling gereja yg sgguh tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wintern musim sejuk: they spent the ~ skiing in Switzerland, mereka menghabiskan musim sejuk bermain ski di Switzerland; in ~ the mountains are covered with snow, dlm musim sejuk, gunung-gunung itu diliputi salji; last year we had a severe ~, pd tahun lalu, kita menghadapi musim sejuk yg teruk betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shroudperhaps the ~ of mystery that surrounds his death will one day be removed, mungkin suatu hari nanti misteri yg menyelubungi kematiannya akan berakhir; the mountains were hidden by a ~ of mist, gunung-gunung itu tdk kelihatan disebabkan litupan kabus; 3. (in pl) set of ropes used to support a mast, tali suai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas