Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.nung] | ݢونوڠ

Definisi : bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, me­muncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.nung] | ݢونوڠ

Definisi : kumpulan tanah tinggi berpuncak yg biasanya melebihi 1,000 kaki (± 303 meter); bukit besar: ~ Tahan; ~ Ledang. ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, belerang dsb dr mulutnya (kawah). ~ berapit gunung yg terletak di antara dua gunung. ~-ganang, = ~-gemunung berbagai-bagai gunung; beberapa banyak gunung. ~ lipat gunung yg terjadi akibat lintap batu-batan berubah bentuk atau berlipat (dpt dikenal kerana lapisan batu-batan menjadi herot dan berombak-ombak). ~ payung ki orang (mis anak) yg disayangi. bergunung-gunung, = bergunung-ganang banyak gunungnya: kawasan yg ~. menggunung menjadi tinggi spt gunung. pergunungan tanah yg tinggi lagi banyak gunungnya; kelompok gunung; kawasan yg bergunung-gunung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gunung

Puisi
 

Ke sini gunung ke sanalah gunung,
     Di tengah gunung berisi batu;
Ke sini bingung di sanalah bingung,
     Di dalam bingung hati tak tentu.


Lihat selanjutnya...(133)
Peribahasa

Gunung juga yang dilejang panas.

Bermaksud :

Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENDAKI GUNUNG

Mendaki gunung ialah sukan pendakian

sesebuah gunung untuk sampai ke puncaknya.

Pendakian gunung sebagai satu sukan bermula di

Eropah apabila orang mula mendaki puncak

gunung hanya untuk cabaran dan pengembaraan.

Kebanyakan gunung-gunung utama, kecuali yang

terletak di kawasan yang sangat terpencil di

dunia, sudah didaki. Puncak yang paling tinggi di

Amerika Utara yang terletak di Gunung McKinley,

mula didaki pada tahun 1913. Pada tahun 1953, Sir

Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing

Norgay dari Nepal menjadi orang pertama sampai

ke puncak Gunung Everest di Asia, iaitu gunung

yang tertinggi di dunia. Lihat Gunung Everest;

Gunung McKinley.

UMUM 
AVEN GUNUNG

Aven gunung ialah sejenis tumbuhan kecil dan

tahan lasak yang hidup liar di kawasan utara dan

artik. Aven gunung juga lambang bagi Wilayah Barat

Laut Kanada. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil

berwarna putih atau kuning dan berbentuk seperti

piring. Tumbuhan ini tumbuh di belebas tinggi dan

di cerun yang berbatu, di Asia, Eropah dan Amerika

Utara.

Pengelasan saintifik. Aven gunung adalah dari famili

mawar (rose), Rosaceae. Ia merupakan genus Dryas . Aven

gunung kuning yang terdapat di kawasan “Rockies” Kanada

(Canadian Rockies) ialah D. drummondii . Aven gunung

biasa ialah D. octopetala .

UMUM 
SHERPA

Sherpa ialah satu bangsa yang kebanyakannya

tinggal di banjaran gunung Himalaya di timur laut

Nepal. Hampir 25 000 orang Sherpa tinggal

berhampiran dengan Gunung Everest, gunung

tertinggi di dunia. Terdapat juga sebilangan

Sherpa yang tinggal di timur laut India.

UMUM 
GUNUNG ZEIL UMUM 
GUNUNG WOODROFFE UMUM 
GUNUNG WILHELM UMUM 
GUNUNG TABLE UMUM 
GUNUNG SAINT MICHAEL UMUM 
GUNUNG SAINT HELENS UMUM 
GUNUNG RUAPEHU UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas