Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.nung] | ݢونوڠ

Definisi : bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, me­muncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.nung] | ݢونوڠ

Definisi : kumpulan tanah tinggi berpuncak yg biasanya melebihi 1,000 kaki (± 303 meter); bukit besar: ~ Tahan; ~ Ledang. ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, belerang dsb dr mulutnya (kawah). ~ berapit gunung yg terletak di antara dua gunung. ~-ganang, = ~-gemunung berbagai-bagai gunung; beberapa banyak gunung. ~ lipat gunung yg terjadi akibat lintap batu-batan berubah bentuk atau berlipat (dpt dikenal kerana lapisan batu-batan menjadi herot dan berombak-ombak). ~ payung ki orang (mis anak) yg disayangi. bergunung-gunung, = bergunung-ganang banyak gunungnya: kawasan yg ~. menggunung menjadi tinggi spt gunung. pergunungan tanah yg tinggi lagi banyak gunungnya; kelompok gunung; kawasan yg bergunung-gunung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gunung

Puisi
 

Ke sini gunung ke sanalah gunung,
     Di tengah gunung berisi batu;
Ke sini bingung di sanalah bingung,
     Di dalam bingung hati tak tentu.


Lihat selanjutnya...(133)
Peribahasa

Gunung juga yang dilejang panas.

Bermaksud :

Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermontaneantara gunungGeologiTiadaTerletak di antara gunung, banjaran gunung, atau kawasan pergunungan, atau dikelilingi gunung, banjaran gunung, atau kawasan pergunungan.
bolsonbolsonGeologiTiadaLembangan pamah aluvium yang luas di mana saliran daripada gunung-gunung berhampiran mengalir ke dalam satu paya.
bolsonbolsonGeografiTiadaLembangan pamah aluvium yang luas di mana saliran daripada gunung-gunung berhampiran mengalir ke dalam satu paya.
gunung-gunungangunung-gununganKesenianTiadaMotif ukiran berunsur kosmos berbentuk gunung-ganang. gunung-gunungan, sinopung, unsud-unsud
Alpidesbanjaran AlpidGeologiTiadaJalur struktur timur-barat yang besar, termasuk pergunungan Alps di Eropah dan Banjaran Himalaya serta gunung-gunung yang berkaitan di Asia: kebanyakannya terlipat pada masa usia Tertier.
Baily's beadsmanik BailyMatematikTiadaFenomenon yang berlaku beberapa saat sebelum dan sesudah gerhana penuh, apabila cahaya dari pinggir matahari memancar melalui lurah gunung-gunung di bulan lalu memperlihatkan rupa bentuk manik seperti yang diperihalkan oleh Francis Baily pada tahun 1936.
mountainviewhadap gunung/hala gunungPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mountainviewhadap gunung/ hala gunungPenilaian Harta TanahTiadaTiada
gunungangununganKesenianTiadaMotif ukiran berunsur kosmos berbentuk gunung-ganang. gunung-gunungan, sinopung, unsud-unsud
intermontane valleylurah antara gunungGeografiTiadaLurah yang terbentuk di antara dua buah gunung atau banjaran gunung.
12345678910...

Kembali ke atas