Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru agama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah Ustad mengikut Kamus DewanMerujuk Kamus Dewan tiada istilah ustad. Mungkin perkataan tersebut salah dieja. Ejaan yang betulnya ialah ustaz yang bermaksud guru agama (lelaki).Makna06.11.2008
PERMOHONAN UNTUK MENGALIKSARA MANUSKRIP JAWI KE RUMI. MARDHIAH BINTI GHAZALLI JAWATAN : GURU BAHASA ARAB & AGAMA DI SMK SERI PAGI SEREMBAN. NO HP: 0129171685 NO I/C: 730214055010 ALAMAT: 9361 JALAN KEKWA 4, TAMAN GURU, SENAWANG, 70450, SEREMBAN, N.SEMBILAN. PENGALAMAN : TERLIBAT MENTERJEMAHKAN MANUSKRIP TAMING SARI BERSAMA EN. WAN AHMAD (PUSAKO MOYANG, SEREMBAN) DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PENYELIDIK MANUSKRIP DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN.

Puan Mardhiah,

Terima kasih dan syabas kerana puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja mengalihaksara manuskrip jawi ke rumi. Untuk makluman puan Bhg. Dasar dan penyelidikan Sastera,DBP ada mengusahakan projek Transliterasi dan Analisis Naskhah. Setiap tahun pihak kami akan memilih naskhah-naskhah yang sesuai untuk ditransliterasi. Oleh itu sekiranya ada manuskrip yang telah dikenalpasti, pihak kami akan menghubungi puan.

Sekian. 

Lain-lain11.12.2010
Nor Hidayah Sulaiman Sep 6th, 10:09pm Salam..sy seorang guru di sebuah sekolah agama..sy nk tanya...blh ke DBP membuat sumbangan buku2 dan bahan2 bacaan berbentuk ilmiah utk pusat sumber sek sy?utk pengetahuan,sek sy baru berpindah bangunan baru..seblum ni kami berkongsi bangunan dgn sekolah menengah n xde kemudahan pusat sumber...Terima kasih cikgu. Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu cikgu. Sekian. Terima kasih.Lain-lain06.09.2015
Apakah perbezaan antara cikgu dan guru
Perkataan cikgu dan guru mempunyai makna yang hampir sama tetapi laras dan kaedah penggunaannya adalah berbeza. Perkataan cikgu digunakan dalam bahasa basahan untuk merujuk kepada guru, iaitu orang yang kerjanya mengajar atau mendidik
pelajar secara formal di sekolah. Cikgu juga digunakan sebagai kata panggilan kepada orang yang mengajar secara formal
di sekolah. Saya memetik olahan cikgu dan guru daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk rujukan saudara, iaitu:



cikgu 
n 1 panggilan kpd orang yg mengajar secara formal di sekolah: Cikgu Sahar membawa murid-muridnya
beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Saya ingin belajar tarian ini, boleh cikgu tunjukkan
caranya?
2 bb orang yg mengajar secara formal di sekolah; guru: Kedua-dua cikgu itu baru tahun ini
mengajar di sekolah kami.


guru
n 1 orang yg kerjanya mengajar atau mendidik pelajar secara formal di sekolah: Pelajar perlu
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dlm kelas.
2 orang yg mengajar atau mendidik ttg
sst perkara, bidang dsb: Masalahnya bermula apb guru kelas gimnastik enggan meneruskan kelasnya.
tGuru beliau dlm bidang fiqah ialah Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas dan Abu Hanifah.
3 pemimpin
agama Hindu;
Makna24.08.2023
BAGAIMANA MAHU MENGAPLIKASI PERANAN GURU SASTERA DALAM SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU?Saudara boleh mengemukakan pertanyaan ini kepada Pusat Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Sekolah-sekolah kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman saudara, guru sastera boleh menggunakan subjek Kesusasteraan Melayu untuk menerapkan nilai-nilai murni dan semangat sayang akan bangsa, agama dan negara dalam kalangan pelajar.Lain-lain04.03.2008
Assalamualaikum tuan, sekolah kami ada penulis dikalangan guru yang telah menulis manuskrip berkisar novel remaja sekolah agama. Adakah kami berpeluang menerbitkan novel kami di bawah DBP?Salam sejahtera,

PENERBITAN NOVEL DBP

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) novel dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras (hard copy) manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini.
  • Novel minimum 200 halaman (dewasa)
  • Sediakan sinopsis novel
  • Sediakan surat penyerahan manuskrip.
  • Manuskrip boleh die-melkan kepada Ketua Editor: nurjulia@dbp.gov.my

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Ketua Editor Bahagian Buku Sastera,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain25.03.2022
apa maksud jati diri? sy tak jumpa dlm kamus dewan..apakah yang dimaksudkan dengan jati diri seorang guruJati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara.Makna16.02.2007
maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama.Tatabahasa07.05.2008
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih.1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu.
2. Ayat ini betul.
3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa.
4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota.
5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain.
6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik.
7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar.
8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul.
Tatabahasa27.02.2013
12

Kembali ke atas