Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru agama


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHAVIRA

Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama

Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya

percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada

jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan

sikap tidak berkeras dan mendesak para

pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada

semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya

haiwan tidak dibunuh untuk makanan.

UMUM 
KOLEJ ISLAM MALAYA

Kolej Islam Malaya ialah pusat pengajian Islam

yang dikelolakan oleh Majlis Kolej Islam. Tujuan

kolej ini ditubuhkan adalah untuk melatih dan

menyediakan bakal guru agama dan guru bahasa

Arab untuk mengajar di sekolah menengah dan

rendah. Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 8

April 1955.

UMUM 
SAYID SHAABAN

SAYID SHAABAN  (  ?  -1871), Yamtuan Muda Rembau (1832-1836). Di lahir di Rembau, Negeri Sembilan.  Nama sebenarnya ialah Sayid Shaaban bin Sayid Ibrahim. Ayahnya seorang guru agama dan ibunya berketurunan Melayu, berasal dari Melaka. Tidak diketahui tentang riwayat hidup Sayid Shaaban sebelum tahun 1830-an.  Dia mula terkenal setelah berkahwin dengan puteri Raja Ali Raja Aman, Yamtuan Muda Rembau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SIKHISME

Sikhisme ialah salah satu agama di India.

Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang

bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran

10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh,

Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi

Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran

beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14

juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian

besar daripada mereka tinggal di bahagian utara

Punjab.

UMUM 
IMAM ABDULLAH KADI ABDUS SALAAM

IMAM ABDULLAH KADI ABDUS SALAAM (  - 1807), ulama dan guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Dia lahir di Pulau Tidore tetapi tarikh akhirnya tidak diketahui. Dia dikenal di dalam tradisi masyarakat Islam di Cape Town sebagai ‘Tuan Guru’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDULLAH MUNSYI

Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia.

Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”

berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran

Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah

bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia

lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat

gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu

kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa

India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa,

Abdullah  menjadi guru agama, penterjemah,

wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris.

Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk

memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College

apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England.

UMUM 
SYEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN

SYEKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN (1869-1957), ulama dan penulis.  Dia lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.  Ayahnya, Ahmad Jalaluddin, seorang guru agama yang terkenal, meninggal dunia ketika Syekh Mohd. Tahir baru berusia dua tahun.  Semasa berusia 12 tahun, dia dihantar ke Makkah bagi mempelajari ilmu agama Islam.  Di sana, dia tinggal bersama-sama saudara sepupunya, Syekh Ahmad Khatib yang juga pemimpin mazhab Syafie di Masjidilharam.

SASTERATokoh
SALMI MANJA

SALMI MANJA, (1937 -      ), wartawan dan penulis Singapura.  Dia lahir pada 24 Julai 1937 di Singapura.  Nama sebenarnya ialah Saleha Abdul Rashid.  Nama samaran yang digunakannya ialah Melati Desa dan Rashidah Saleh.  Salmi mendapat pendidikan Inggeris dan Arab di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katund an Sekolah Arab Darul Maarif, Ipoh Lane, Singapura.  Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja sebagai guru agama di sekolah lamanya sebelum menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.

SASTERATokoh
PERSIS

PERSIS, pertubuhan Islam modenis di Indonesia.  PERSIS ialah singkatan Persatuan Islam.  Persatuan ini ditubuhkan di Bandung pada 12 September 1923 oleh sekumpulan cendekiawan Islam yang berminat kepada pengkajian dan kegiatan Islam.  Sebelum tahun 1926, PERSIS tidak mengamalkan prinsip moden berorganisasi tetapi memupuk pengajian Islam.  Pemimpin awalnya ialah Haji Zamzam, seorang guru agama di Sekolah Agama Darul Muta’allimun, Bandung dan Haji Muhammad Junus, seorang pedagang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SHAFIE ABU BAKAR

SHAFIE ABU BAKAR (1942-     ), penyair dan pengkaji  kesusasteraan Islam.  Dia lahir pada 27 Mei 1942 di Kampung Nyiur, Paka, Terengganu.  Shafie mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Nyiur, Paka (1949-1956).  Kemudian dia mendapat pendidikan di Madrasah Islahiah dan Sekolah Arab Kuala Berang.  Dia lulus Sijil Thanawi (1962) dari Madrasah Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Shafie pernah bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama, Terengganu (1963-1970).  Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (1974).  Pada tahun 1977, dia memperoleh ijazah Sarjana Persuratan.  Pada tahun 1991, Shafie mendapat ijazah Doktor Falsafah.  Shafie pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.

SASTERATokoh
123

Kembali ke atas