Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.run] | ݢورون

Definisi : kawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.run] | ݢورون

Definisi : kawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir); padang pasir: ~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi sebarang tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurun

Peribahasa

Jika tak lalu dandang di air,
     di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan).

Bermaksud :

Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan. dandang = sebangsa perahu; tanjakan = pendakian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
desertgurunGeografiTiadaKawasan gersang yang hanya dapat menampung populasi organisma gurun sahaja. Ada empat jenis gurun, iaitu gurun ais kutub dan salji, gurun garis lintang tengah, gurun angin dagang, dan gurun pantai.
desertgurunBiologiEkologiKawasan gersang yang hanya dapat menampung populasi organisma gurun sahaja. Ada empat jenis gurun, iaitu gurun ais kutub dan salji, gurun garis lintang tengah, gurun angin dagang, dan gurun pantai.
cold-water desertgurun air sejukGeografiTiadaKawasan-kawasan barat pinggir laut gurun-gurun panas yang menerima laruan air sejuk yang berkait dengan arus-arus lautan sejuk menghala ke khatulistiwa.
arid beltkawasan gersangGeografiTiadaKawasan kering meliputi gurun-gurun utama bumi yang kekurangan hujan dan keamatan sejatan telah mengehadkan tumbuh-tumbuhan.
midlatitude desertgurun latitud tengahGeografiTiadaKawasan gurun seperti Gurun Gobi yang terletak di kawasan latitud tengah.
desert beltjaluran gurunGeografiTiadaKawasan gurun utama bumi yang meliputi jaluran gurun panas Sahara dan Arab.
coastal desertgurun pantaiBiologiEkologiGurun yang menerima arus sejuk di pantai barat. Misalnya, gurun di Peru.
tradewind desertgurun angin dagangBiologiEkologiGurun yang menerima hujan yang sangat sedikit dengan julat suhu harian yang sangat besar. Misalnya, gurun Sahara.
trade-wind desertgurun angin pasatSainsHidrometeorologi1. Kawasan yang mempunyai curahan hujan yang amat sedikit dan bersuhu tinggi yang terdapat di kawasan angin pasat atau angin yang setara dengannya (seperti harmattan) bertiup didataran. Contoh yang terbaik ialah gurun Sahara dan gurun Kalahari. Angin pasat yang bertiup dari latitud lebih tinggi sangat kering. Kawasan ini hampir tidak berawan langsung di kawasan gurun. 2. Pantai gersang yang menyempadani laut sejuk di persisir barat Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Afrika.
middle latitute desertgurun garis lintang tengahBiologiEkologiGurun yang menerima hujan yang sedikit dengan suhu musim panas yang sangat tinggi. Misalnya, gurun Gobi.
12345678910...

Kembali ke atas