Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. tidur melebihi had biasa atau pada waktu yang tidak sesuai; merelohDah pukoi berapa ni hang dok menereloh lagi, jom pi pasa malam.[dAh pu.koj b«.ÒA.pA ni hAN do/ m«.n«.Ò«.loh lA.gi dZom pi pA.sA mA.lAm]Pukul berapa sekarang awak masih tidur lagi, mari pergi pasar malam.
toi[toj]kata namapermainan melibatkan dua kumpulan yang memerlukan had kawasan tertentu.Lepaih teraweh kami pakat maen toi kat laman rumah.[l«.pAC t«.ÒA.wEh kA.mi pA.kAt mAen toj kAt lA.mAn Òu.mAh]Selepas tarawih kami bermain toi di halaman rumah.
pidiah[pi.di.jAh]kata kerja1. mengambil sesuatu melebihi had sepatutnya; pediahHabeh laok dia pidiah bawak balek.[hA.beh lAo di.jA pi.di.jAh bA.wA bA.le]Habis lauk diambilnya bawa balik.
pediah[p«.di.jAh]kata kerja1. mengambil sesuatu melebihi had sepatutnya; pidiahBarang tu hang patot bagi sama banyak, jangan pulak hang pediah kat hang sorang.[bA.ÒAN tu hAN pA.tot bA.gi sA.mA bA.øA dZA.NAn pu.lA hAN p«.di.jAh kAt hAN so.ÒAN]Barang itu sepatutnya awak bahagi sama banyak, jangan pula awak mengambilnya seorang diri.
mintak sila[min.tA/ si.lA] menjemput seseorang untuk menghadiri kenduriPak Din mintak sila abang pi rumah dia hari Ahad ni.[pA/ din min.tA/ si.lA A.bAN pi Òu.mAh di.jA hA.Òi A.hAd ni]Pak Din menjemput abang untuk menghadiri kenduri di rumahnya pada hari Ahad ini.

Kembali ke atas