Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
About time schools had computersAwang Had SallehSunday Star23.07.1995
Had drama asingTiadaHarian Metro15.11.2006
Dr. Awang Had jelas soal 4,000 kecewaAwang Had SallehBerita Harian19.08.1977
Awang Had pelopor E-VillageAdam SallehMetro Ahad08.10.2000
Awang Had named adviser to ministerTiadaThe New Straits Times08.02.1989
Awang Had is Special Adviser to the MinistryKhalid JaafarThe New Straits Times20.02.1989
Awang Had bersara bulan depanTiadaUtusan Malaysia21.01.1989
Awang Had saran ilmu congak dan teka-teki dijadikan mata pelajaranTiadaUtusan Malaysia17.03.1992
Awang Had dilantik penasihatTiadaBerita Harian20.05.1988
Awang Had merasa kembali ke pangkuan bondaAhmad Abdul HamidUtusan Melayu17.07.1980
12345678910...

Kembali ke atas