Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
tanpa algoritma penyahsulitan frekuensi yang betul. domain keselamatan (Ig. security domain; Br. domain keselamatan; Id. ranah sekuritas) Objek atau aplikasi yang boleh dicapai oleh seseorang pengguna atau suatu proses dengan had aras keselamatan yang dimilikinya. Contohnya, pengguna yang mempunyai aras keselamatan ‘PENTADBIR’ mempunyai hak untuk menambah dan membatalkan pengguna. domain masa mengarau percakapan (Ig. speech scrambling time domain; Br. domain waktu 114 ringkasan daripada data yang sama. Sekatan ini dilakukan untuk melindungi data asal daripada pengubahsuaian terlarang atau kesilapan pengguna. sekatan pertanyaan (Ig. query restriction; Br. sekatan pertanyaan; Id. restriksi pertanyaan) Had yang dikenakan kepada pengguna mengenai jenis pertanyaan yang boleh dijalankan ke atas data dalam pangkalan data supaya data yang dianggap sensitif tidak boleh dilihat atau diagak oleh pengguna. Sekatan ini

Kembali ke atas