Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dam] | هضم

Definisi : Ar hancur menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, cerna: makanan berlemak susah ~ dlm perut; penyakit tidak ~ penyakit dlm perut yg disebabkan oleh makanan tidak tercerna; menghadamkan menghancurkan makanan menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimi­lasi oleh badan, mencerna: apabila masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya; terhadam sudah dihadam, tercerna; keterhadaman perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dihadamkan, ketercernaan; penghadaman proses menghadamkan, pen­cernaan: sistem ~; penghadam sesuatu yg menghadamkan (makanan), pencerna (makanan); air ~ makanan bahan kimia dlm tubuh (yg meng­hadamkan makanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dam] | هضم

Definisi : menjadi hancur atau cair di dlm perut (ttg makanan); cerna: Makanan berlemak susah ~. menghadamkan menghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa. terhadam sudah dihadamkan; tercerna. penghadaman proses hadam atau menghadamkan (makanan di dlm perut); pencernaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadam (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cerna, hancur, serap, larut;,
Kata Terbitan : menghadamkan, terhadam, penghadaman, penghadam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chymekimusBiologiFisiologiCampuran makanan yang separuh hadam dan rembesan pencernaan di dalam perut dan usus kecil semasa pencernaan makanan.
bioavailabilitybioketersediaanMakanan dan PemakananPemakananAmaun nutrien boleh hadam yang dapat diserap dan tersedia untuk kegunaan tubuh.
prebioticprebiotikMakanan dan PemakananPemakananBahan makanan yang tidak hadam (seperti serat), tetapi dijadikan makanan oleh bakteria usus bagi merangsang tumbesaran dan aktivitinya
vacuolevakuolHerbaTiadaRongga berselaput yang terdapat dalam sitoplasma sel yang mengandungi udara, air, cecair, makanan separuh hadam atau bahan metabolit. Vakuol berfungsi dalam proses penghadaman, penyimpanan, perembesan dan perkumuhan.
vacuolevakuolBiologiHistologi dan SitologiRuang di dalam sitoplasma sel yang berisi udara, air, cecair, sap, makanan yang hadam atau lain. Sel tumbuh-tumbuhan memiliki hanya satu vakuol, tetapi sel haiwan mungkin memiliki lebih daripada satu vakuol.
mesenteronmesenteronBiologiHistologi dan SitologiBahagian utama usus Arthropoda yang epiteliumnya tidak diselaputi kutikel dan berfungsi menyerap bahan makanan yang telah hadam.
choanocytekoanositBiologiHistologi dan SitologiSel unisel yang agak besar, dan memiliki flagelum tunggal yang dililiti oleh simpai protoplasma pencerut lut sinar. Sel ini didapati hanya pada span dan merupakan organisma lain yang terdapat di dalam kumpulan kecil flagelat (Choanoflagellata). pada span, koanosit tidak menghadamkan bahan makanan selengkapnya tetapi membekalkan bahan makanan yang separuh hadam kepada amebosit untuk dihadamkan sepenuhnya dan disimpan.
antiflatulentantiflatulenFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengaomerawatangin atau gas yang berlebihan di dalam salur gastrousus. 2. Agen yang dapat menghalang penghasilan angin atau gas yang berlebihan di dalam perut dan usus. Terdapat dua jenis mekanisme tindakan agen ini, iaitu dengan menghalang penghasilan gas atau membebaskan gas dari salur gastrousus. Contoh agen yang menghalang penghasilan gas ialah makanan tambahan berasaskan enzim (MTBE} seperti produk yang mengandungi a-galaktosidase atau laktase, dan perencat berasaskan herba (PBH} seperti kayu manis, halia dan bawang. MTBE memecahkan bahan-bahan tidak hadam dan menghalang bahan ini daripada sampai ke usus besar bagi menjalani proses fermentasi oleh bakteria anaerobik sehingga menghasilkan gas. PBH mengurangkan gas terutamanya gas yang terhasil akibat memakan tum.buhan kekacang. Contoh agen yang membebaskan gas ialah simetikon. Agen ini akan bergabung dengan buih-buih gas kecil untuk membentuk buih-buih besar.Sehubungan itu, ia akan memudahkan pembebasan gas di dalam salur gastrousus melalui proses sendawa atau flatulen.

Kembali ke atas