Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.fiz] | حافظ

Definisi : Ar orang yg memelihara dan mengekal­kan al-Quran dlm ingatannya: Abu Hasan Din al-H~; ~ Quran orang yg hafaz Quran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hafiz


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
M Hafiz Ostmann THURS 07:34 M Hafiz Ostmann M Hafiz BAHASA JIWA BANGSA - Banyak sekali aku perhatikan orang yang mengaku rakyat Malaysia,lahir di Malaysia,memegang pasport Malaysia tapi langsung tak reti dan tak mahu langsung menggunakan bahasa kebangsaan.Mereka lebih suka berbicara dalam bahasa Inggeris atau bahasa kelompok mereka sendiri.Lidah mereka seakan mengalami alahan teruk sekiranya menggunakan bahasa kebangsaan.Bila nak belajar di Jerman bukan main lagi bersungguh belajar bahasa Jerman.Tetapi takkah mereka sedar bahawa mereka langsung tak mahu dan tak tahu bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan sedangkan mereka lahir,membesar dan cari makan di Malaysia?Malaysia ni bagi mereka apa agaknya?Jika beginilah sikap mereka maka ertinya sampai bila-bila pun takkan ada penyatuan. Bahasa ialah elemen perpaduan negara.Bahkan ia juga merupakan identiti kepada sesebuah negara.Namun jika fungsi bahasa itu sendiri sudah dikembirikan maka usah dimimpikan sebuah negara bangsa yang utuh.Dewasa kini boleh aku katakan pekerja asing dari Bangladesh,Nepal dan Myanmar mislalnya lebih berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding mereka yang memegang pasport Malaysia namun taksub kepada kelompok sesama mereka sendiri.Di mana bumi dipijak.Di situ langit di junjung.Kalau nak menurut biar berakal.Kalau nak mengikut biar pintar.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Sewajarnya semua warganegara Malaysia mengamati dan menghormati Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bernegara di bumi bertuah ini.Lain-lain29.09.2016
Hafiz Lija Nov 16th, 11:54am Salam Bagaimana nak beli majah DSISWA setiap bulan secara terus dgn DBP. Lebih kurang 150 sebulan. Ada potongan harga?Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain16.11.2015
Hafiz Al-Kalanji Apr 21st, 6:10pm Admin, saya kelulusan BA Sejarah Islam dari UM, dan skrg dlm pengajian master. Saya amat berminat utk bekerja di DBP. Tolong maklum pada saya sekiranya ada kekosongan yang sesuaiBorang permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my atau dapatkan daripada Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain21.04.2015
1.Hafiz bermain dengan gembira di taman. 2. Hafiz bermain di taman dengan gembira. Ayat manakah yang betul?Ayat dua (2) lebih betul: Hafiz bermain di taman dengan gembira.Tatabahasa03.04.2015
Cara penulisan nama yang betul? Mohd Hafiz bin Mohd Farid atau Mohd Hafiz Bin Mohd Farid? Penulisan bin@binti patut bermula dgn huruf besar atau huruf kecil? Maniam anak lelaki Ramesh penulisannya mcm mana pula? Terima kasih.Yang betul ialah Mohd Hafiz bin Mohd Farid dan Maniam a/l Ramesh.Lain-lain08.01.2015
Perkataan 'hafiz' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud orang yang mengamalkan al-Quran. Adakah wujud istilah 'hafizah' bagi perempuan pula?Dalam Kamus Dewan, hafiz bermaksud orang yang memelihara dan mengekal­kan al-Quran dalam ingatannya. Tiada entri bagi hafizah, walau bagaimanapun telah difahami hafiz/hafizah (atau perkataan lain yang sama bentuk binaannya) mempunyai maksud yang sama, hanya berbeza gender.Makna14.10.2017
Muhammad Hafiz Dolah JUM 4.14 PTG Muhammad Hafiz Dolah Hi, Downloadable plug in dalam bahasa melayu apa ye?Tiada istilah yang khusus untuk "Downloadable plug in" dalam bahasa Melayu. Pihak kami mencadangkan padanan kata yang paling hampir iaitu "palam boleh muat turun".Lain-lain06.10.2017
Salam. Ayat di bawah boleh diterima? 1. Hafiz dan Sauna ke sekolah bersama-sama. 2. Hafiz dan Sauna bersama-sama ke sekolah.Kedua-dua ayat yang dinyatakan boleh digunakan.Tatabahasa02.10.2013
(1)Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar di / dalam halaman depan akhbar Berita Harian. Tuan, dalam ayat di atas, kata sendi nama "di" atau "dalam" lebih sesuai digunakan? Saya berfahaman bahawa kata sendi nama "dalam" lebih tepat kerana frasa "halaman depan akhbar Berita Harian" ialah suatu ruang yang abstrak, jadi untuk menyatakan kedudukan sesuatu benda berada di dalam ruang yang abstrak, kata sendi nama "dalam" digunakan. Apakah fahaman tuan?Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar pada halaman depan akhbar Berita Harian.

Tatabahasa27.12.2014
contoh penggunaan ayat nazim,hafiz dan mazlum. ohh lagi satu perkataan ni boleh tak guna untuk PT3? terima kasih DBPContoh ayat dan soalan yang diberikan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang baik dan relevan untuk memudahkan pihak kami membantu tuan/puan.Lain-lain21.02.2022
12

Kembali ke atas