Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAIWAN PEROSAK

Haiwan perosak ialah haiwan yang merosakkan tanaman dan menjejaskan pengeluaran makanan serta membawa penyakit kepada manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TEGU

Tegu, yang juga dieja teju, ialah nama bagi dua

spesies cicak tanah Amerika Selatan. Beratnya kira-kira

2.5 kilogram dan panjangnya kira-kira 90

sentimeter. Tegu adalah kuat, pantas, dan agresif.

Tegu membuat lubang dalam tanah atau di bawah

batu. Ia memakan tumbuhan, siput, serangga, dan

vertebrata (haiwan bertulang belakang) kecil. Di

kawasan ladang, tegu dianggap perosak kerana ia

memakan telur dan anak ayam. Tegu betina biasanya

bertelur dalam busut anai-anai untuk melindungi

telurnya daripada diserang oleh haiwan-haiwan lain.

Pengelasan saintifik. Tegu tergolong dalam famili

Teiidae. Ia adalah genus Tupinambis.

UMUM 
PINJAL

Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang

hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap

darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang

berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang

menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman

penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain

rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan

penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat

Tifus; Wabak bubonik.

UMUM 
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 
AYAK-AYAK

Ayak-ayak ialah nama yang popular bagi

sejenis serangga berkaki panjang yang juga

dikenali sebagai lalat janjan ( crane fly ). Ia

mempunyai badan yang langsing dan kaki yang

sangat panjang. Ayak-ayak dewasa terbang

dengan perlahan dan lazimnya terdapat di

kawasan berumput

dan berhampiran

dengan air. Ayak-ayak

betina bertelur,

kemudian telur

tersebut menetas

menjadi larva yang

dikenali sebagai

‘Leather-jacket’ .

Makanan utama

leather jacket ialah

akar tumbuhan.

Sesetengahnya haiwan

perosak bagi tanaman

bijirin.

UMUM 

Kembali ke atas