Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ji] | حاج

Definisi : 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunai­kan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ji] | حاج

Definisi : 1 = fardu ~ ibadat yg memerlukan seseorang pergi ke Mekah dan melakukan beberapa perkara yg berkaitan dgn ibadat itu di sana: jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunai­kan fardu haji. 2 gelaran bagi orang yg telah pergi menunaikan rukun Islam yg kelima di Mekah: ~ Khairuddin. ~ akbar ibadah haji yg wuqufnya jatuh pd hari Jumaat. ~ ifrad ibadah haji yg diikuti oleh ibadah umrah sebaik sahaja ibadah haji selesai dilaksanakan, dlm bulan haji. ~ mabrur ibadah haji yg sempurna dikerjakan dan diterima Allah kerana memenuhi segala rukun dan wajib haji. ~ mardud ibadah haji yg tidak diterima Allah dan tidak sah kerana ditunaikan dgn tidak sempurna (tidak memenuhi segala rukun dan wajib haji). ~ qiran ibadah haji dan umrah yg dikerjakan serentak dlm bulan haji, dan dikenakan dam. ~ tamatuk ibadah haji yg dikerja­kan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikena­kan dam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haji

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pilgrimagen journey to a holy place, ziarah; ( in Islam ), /naik, menunaikan/ haji; /go on, make/ a ~ to, a. berziarah ke, menziarahi; ( in Islam ) /naik, menunaikan/ haji; b. ( fig.) melawat, menziarahi: many admirers ofKamus Inggeris-Melayu Dewan
hadji, hajjin haji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hadj, hajjn haji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pilgrim n penziarah (ke + approp n ); ( Muslim ) jemaah haji: many Christian ~s visit Bethlehem at Christmas-time, ramai penziarah Kristian melawat Bethlehem semasa Krismas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
penitential adj ( fml ) utk /bertaubat, kesal, insaf/: he decided to go on a ~ pilgrimage, dia mengambil keputusan utk pergi menunaikan haji utk bertaubat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onlythe ~ thing is, /hanya, cuma/ satu saja: the ~ thing is that we may be away at the time, cuma satu saja, kami mungkin tdk ada di rumah pd masa itu; the one and ~, [not translated]: ladies and gentleman, please welcome the one and ~ Sudirman Haji Arshad!, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, inilah Sudirman Haji Arshad!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wear5. reduce, erode (st) by continued action, menghakis: the waves have worn the cliff, ombak telah menghakis cenuram itu; 6. make (a hole) in st by friction etc, a. (material, garment, etc) sehingga lusuh dan berlubang: she has worn a hole in the sleeve of her cardigan, dia memakai kardigannya sehingga lusuh dan berlubang di lengannya; b. (path etc) menghauskan [sst] sehingga lekuk: the pilgrims’ feet have worn deep hollows in the stone steps, tapak kaki jemaah haji telah menghauskan tangga-tangga batu itu sehingga lekuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas