Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ji] | حاج

Definisi : 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunai­kan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ji] | حاج

Definisi : 1 = fardu ~ ibadat yg memerlukan seseorang pergi ke Mekah dan melakukan beberapa perkara yg berkaitan dgn ibadat itu di sana: jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunai­kan fardu haji. 2 gelaran bagi orang yg telah pergi menunaikan rukun Islam yg kelima di Mekah: ~ Khairuddin. ~ akbar ibadah haji yg wuqufnya jatuh pd hari Jumaat. ~ ifrad ibadah haji yg diikuti oleh ibadah umrah sebaik sahaja ibadah haji selesai dilaksanakan, dlm bulan haji. ~ mabrur ibadah haji yg sempurna dikerjakan dan diterima Allah kerana memenuhi segala rukun dan wajib haji. ~ mardud ibadah haji yg tidak diterima Allah dan tidak sah kerana ditunaikan dgn tidak sempurna (tidak memenuhi segala rukun dan wajib haji). ~ qiran ibadah haji dan umrah yg dikerjakan serentak dlm bulan haji, dan dikenakan dam. ~ tamatuk ibadah haji yg dikerja­kan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikena­kan dam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haji

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul? Haji Dr. Hashim bin Haji Ishak atau Dr. Haji Hashim bin Haji Ishak

Tuan Aizan,

Bentuk yang digunakan ialah Dr. Haji Hashim bin Haji Ishak.

Lain-lain21.12.2010
Sekiranya penandatangan Surat Rasmi mempunyai Gelaran Haji. Perlukah diletakkan salutation 'TUAN HAJI' atau HAJI sahaja? Yang Benar, (TUAN HAJI.....) atau (HAJI...)?????Sapaan yang betul ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja.Tatabahasa11.07.2014
Salam sejahtera! Bagi panggilan/gelaran tuan haji, yang mana satu betul? tuan haji atau Tuan Haji? Ayat contoh: assalamualaikum tuan haji/Tuan Haji. Sekian terima kasih!

Gelaran tuan haji ditulis dengan huruf kecil jika merujuk gelaran secara umum. Contohnya: Assalamualaikun tuan haji. Jika gelaran tersebut di hadapan nama khas seseorang, huruf pertama ditulis dengan huruf besar, contohnya Tuan Haji Hamdan Yahya.

Ejaan03.11.2021
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Lain-lain29.04.2009
Salam. Saya ingin bertanya, nama pengirim dalam surat rasmi perlu dimasukkan HAJI atau tidak kalau pengirim itu ada gelaran Haji. Terima kasih

Gelaran haji digunakan selepas sapaan tuan seperti Tuan Haji Ahmad bin Haji Sanusi. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri).

Untuk makluman saudara juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut.  

Lain-lain06.09.2018
assalamualaikum... pertanyaan saya tentang istilah widak dan wadak - menurut kamus Perdana, haji widak bukan haji wadak tetapi tawaf menggunakan wadak - widak dan wadak - apakah bezanya? Mana satukah yg hendak digunakan? Bukankah kedua-dua istilah itu merujuk kpd makna yg satu, iaitu perpisahan. saya sedang menyelenggarakan projek terjemahan hadith sahih muslim. saya perlu menyeragamkan penggunaan istilah widak/wadak utk haji dan tawaf. adakah saya perlu menggunakan istilah wadak utk haji dan tawaf atau widak? mohon maklum balas segera. terima kasih.Keputusan terkini ialah widak dirujuksilangkan kepada wadak seperti dalam frasa "tawaf wadak" atau "tawaf berpisah" dan "khutbah wadak" atau "khutbah terakhir". Frasa  "haji widak" atau "haji perpisahan" perlu diselaraskan/dibetulkan menjadi haji wadak. Hal ini bermakna ejaan/kata yang tepat ialah wadak.Ejaan28.06.2023
Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih.Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim.Tatabahasa01.11.2012
Yang manakah lebih tepat sebagai gelaran , Encik Haji atau Tuan Haji ? Apakah kah ada garis panduan dalam permasalahan ini ? sekiranya untuk kegunaan rasmi ? Terima kasih.Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya.  Pada ghalibnya,  majlis rasmi atau bukan rasmi masyarakat kita akan memanggil "Tuan Haji" bagi orang yang telah mengerjakan ibadah Haji.  Istilah06.03.2009
Siapakah Raja Ali Haji dan Sumbangannya dalam bidang bahasa Melayu?Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ialah seorang ulama, sejarawan, pujangga. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau pun mana-mana perpustakaan yang berdekatan. Terima kasih.Lain-lain06.12.2007
“Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat”. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Lain-lain03.02.2022
12345678910...

Kembali ke atas