Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ji] | حاج

Definisi : 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunai­kan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ji] | حاج

Definisi : 1 = fardu ~ ibadat yg memerlukan seseorang pergi ke Mekah dan melakukan beberapa perkara yg berkaitan dgn ibadat itu di sana: jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunai­kan fardu haji. 2 gelaran bagi orang yg telah pergi menunaikan rukun Islam yg kelima di Mekah: ~ Khairuddin. ~ akbar ibadah haji yg wuqufnya jatuh pd hari Jumaat. ~ ifrad ibadah haji yg diikuti oleh ibadah umrah sebaik sahaja ibadah haji selesai dilaksanakan, dlm bulan haji. ~ mabrur ibadah haji yg sempurna dikerjakan dan diterima Allah kerana memenuhi segala rukun dan wajib haji. ~ mardud ibadah haji yg tidak diterima Allah dan tidak sah kerana ditunaikan dgn tidak sempurna (tidak memenuhi segala rukun dan wajib haji). ~ qiran ibadah haji dan umrah yg dikerjakan serentak dlm bulan haji, dan dikenakan dam. ~ tamatuk ibadah haji yg dikerja­kan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikena­kan dam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haji

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(17)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pilgrim brokersyeikh hajiSejarahTiadaOrang yang menguruskan jemaah yang akan mengerjakan haji dari segi penyediaan penginapan, pengangkutan, makan dan minum sepanjang tempoh mengerjakan haji.
hajj pilgrimageziarah hajiPelanconganTiadaPerjalanan ke Mekah untuk menunaikan fardu haji.
الهدىhady/dam (haji)Agama IslamFiqhPembayaran yang ditetapkan kerana kesalahan melanggar adab haji.
Pilgrim DepartmentJabatan HajiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Pilgrimage CommissionerPesuruhjaya HajiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Prismatomeris malayanaTongkat haji samadPertanianTiadaTumbuhan renek dalam famili Rubiaceae yang tumbuh semula jadi dalam hutan. Tumbuhan ini mempunyai batang bersegi empat yang keras, daunnya tersusun bertentangan, buahnya bersaiz kecil yang keluar di dahan. Akarnya berwarna merah. Akar yang telah dikeringkan dimakan mentah bersama pinang dan sireh. Air rebusan diminum untuk afrodisiak dan penyakit radang.
Prismatomeris malayanatongkat haji samadHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan renek dalam famili Rubiaceae yang tumbuh secara semula jadi di dalam hutan. Tumbuhan ini mempunyai batang bersegi empat yang keras, daunnya tersusun bersetentang dan buahnya yang bersaiz kecil keluar dari dahan. Akarnya berwarna merah. Akar yang telah dikeringkan dimakan mentah bersama pinang dan sirih. Air rebusan diminum untuk merawat penyakit radang dan sebagai afrodisiak.
Pilgrimage Control OfficerPegawai Kawalan HajiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Pilgrimage Control OfficePejabat Urusan HajiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
leave on pilgrimagecuti kerana naik hajiPentadbiranTiadaTiada
1234

Kembali ke atas