Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hak;

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Pihak kami dalam proses untuk menerbitkan video pendek bagi kempen hak pengguna. Didalam senikata lagu kempen ini berbunyi demikian. "Kita harus tahu hak kita" Dalam ertikata sebenar hak kita ini merujuk kepada 8 hak yang berbeza. Soalan saya adalah adakah mencukupi jika didalam senikata ini kami hanya gunakan hak kita berbanding hak-hak kita untuk merujuk kepada 8 hak dalam ertikata sebenar.Jawapan yang betul ialah "Kita harus tahu hak kita" sudah mencukupi.Makna01.03.2022
Apakah bezanya "Hak Jagaan" dengan " Hak Pemeliharaan dan Kawalan" ? Adakah "Hak Jagaan" bermakna "Custody" dalam bahasa Inggeris ?Untuk makluman, istilah "Hak Jagaan" dan "Hak Pemeliharaan dan Kawalan" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk custody (dalam bidang Undang-undang) ialah jagaan. Istilah30.01.2013
Saya ingin menterjemahkan "right to health" ke bahasa. Yang manakah merupakan terjemahan yang betul? A. Hak Kesihatan B. Hak kepada kesihatan c. Hak Untuk Kesihatan d. Hak pada kesihatan. Terima kasih.Kami mencadangkan "right to health" diterjemahkan sebagai "hak kesihatan", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Istilah15.02.2021
Apakah terjemahan paling sesuai untuk Perkataan Privacy selain dari diterjemahkan sebagai Privasi. Adakah Persendirian ? Peribadi ? atau ? ada perkataan yang lebih sesuai atau hanya SENDIRIAN Contoh Privacy Right = HAK PRIVASI atau HAK PERIBADI atau HAK PERSENDIRIAN atau HAK BERSENDIRI ? atau HAK MENYENDIRI ? sama seperti dalam Private Limited Company diterjemah sebagai Syarikat Sendirian Berhad?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, privasi ialah keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. Makna16.04.2010
mohon pandangan berhubung pembetulan ejaan berikut (1) lucut hak @ lucuthak (2) ⁠⁠⁠Melucuthakkan (3) ⁠⁠⁠pelucuthakan (4) dilucuthak terima kasihEjaan dan frasa yang tepat:

1. lucut hak
2. melucutkan hak
3. perlucutan hak
4. dilucutkan hak
Ejaan17.01.2017
Salam, Saya nak bertanya apakah terjemahan yang terbaik untuk "bill of rights"? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "bill of rights" ialah perisytiharan hak-hak.Istilah12.04.2013
baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta?

Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010.

Lain-lain29.09.2010
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasihAyat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah,  2) daripada parti memerintah,   3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap,  4) akibat daripada tindakan polis,  5) prokerajaan,   6) disalah guna Tatabahasa06.02.2011
Mohon pandangan DBP, yang mana lebih tepat dan sesuai :- Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan langsung; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sama sekali; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sekalipun. Terima kasih.Ayat "Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan" sudah cukup lengkap, tidak perlu ditambah perkataan langsung, sama sekali atau sekalipun.Lain-lain29.04.2014
Salam Sejahtera. Mohon pengesahan, yang mana betul : "Perlindungan Hak Harta Intelek" atau "Pelindungan Hak Harta Intelek". Terima kasih.Salam Sejahtera. Yang betul ialah Perlindungan Hak Harta Intelek. Sekian. Terima kasih.Tatabahasa10.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas