Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha/] | حق

Definisi : 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mem­punyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk men­dapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak mem­­batalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati se­suatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembali­kan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentu­kan hak atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha/] | حق

Definisi : 1 kuasa atau kebebasan bagi seseorang utk berbuat atau memiliki se­suatu: Tiap-tiap anak ada ~ atas pusaka peninggalan bapanya. 2 apa-apa yg dipunyai atau dimiliki oleh seseorang; kepunyaan: Setelah ayahnya meninggal, segala harta pusaka itu menjadi ~nya. ~ asasi hak yg dasar atau yg pokok spt bebas beragama, bebas mengeluarkan pendapat. ~ isti­mewa hak yg diberikan kpd kaum atau go­longan tertentu saja. ~ mengundi hak utk memilih ketua, pemimpin dll. berhak mempunyai hak atas sesuatu: Dia ~ mewarisi harta peninggalan bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Voilet - Hak Milik Kekal Bunting39183/2015HAK MILIK KEKAL PELANCARAN RASMI 29 Nov. 2015 10 pg. - 4 ptg. Citra Hill 2 06 7581988 Project Berprestij Daripada :Majlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201510/07019Lulus02/10/201505/10/201511:51:57
PEMBANGUNAN HAK MILIK KEKAL PREMIUM8436/2017PEMBANGUNAN HAK MILIK KEKAL PREMIUMPihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201702/12345Lulus16/02/201717/02/201715:21:39
LAYAK-UNTUK-HAK-MILIK-ASING25070/2016LAYAK-UNTUK-HAK-MILIK-ASINGMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/12319Lulus23/05/201624/05/201608:40:19
Estuari Unipole11637/2015HAK MILIK KEKAL Terokai Keindahan Kehidupan Baru "Estuari Gardens" Kini Dibuka Untuk Pendaftaran HAK MILIK KEKAL Kehidupan Baru Bermula Di Sini "Estuari Gardens" Kini Dibuka Untuk PendaftaranMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201504/05123Lulus31/03/201502/04/201512:13:42
Unipole Estuari14837/2015Hak Milik Kekal - Kediaman Strata Bertanah Terokai Keindahan Kehidupan Baru "ESTUARI GARDENS" Kini Dibuka Untuk Pendaftaran Talian Bebas Tol Hak Milik Kekal - Kediaman Strata Bertanah Kehidupan Baru Bermula Di Sini "ESTUARI GARDENS" Kini Dibuka UnMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201504/07683Lulus20/04/201522/04/201510:46:44
Rumah Terrace Dua Tingkat9478/2017Rumah Terrace Dua Tingkat (22x70)(Hak Milik Kekal), Rumah Mampu Milik Johor (20x55)(Hak Milik Kekal) RM 150,000.00Majlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/13098Lulus28/02/201701/03/201708:28:19
Taman Pahlawan, Gemas, NSDK13350/2017Taman Pahlawan Gemas, NSDK Freehold Hak Milik Kekal Tempah Sekarang 019 3961 357 HAK MILIK KEKALMajlis Daerah SegamatPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/15537Lulus09/03/201710/03/201717:59:00
Happy Times Savers (BTS) Ver 2 Banner27865/2016TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT. HAK CIPTA (C) 2016 OLDTOWN BERHAD (797771-M). HAK CIPTA TERPELIHARA. SET DARIPADA RM 6.90 BERSIH JOM OLDTOWNPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/10554Lulus07/06/201607/06/201615:12:07
Bandar Kinrara 100mbps wifi banner (15' x 3')34742/2016100 Mbps Akses Percuma WiFi Berkelajuan Tinggi Hak cipta (c) 2016 OLDTOWN Berhad (797771-M). Hak cipta terpeliharaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/12210Lulus27/07/201628/07/201608:19:55
Recruitment Banner (BM)37186/2016jawatan kosong sila hubungi pengurus restoran penolong pengurus restoran kru perkhidmatan penyelia penolong penyelia kru dapur/bar hak cipta (c) 2016 OLDTOWN Berhad (797771-M). Hak cipta terpeliharaPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/08033Lulus02/08/201603/08/201609:37:54
12345678910...

Kembali ke atas