Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : sesuatu yg sudah nyata dan tidak dpt dinafikan lagi; kebenaran; kenyataan: Kita mengetahui ~ bahawa manusia memerlukan makanan utk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakikat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kenyataan, kebenaran, kehakikian, yang nyata, yang sebenarnya, yang hakiki.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIS KERING

 Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama

ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan

ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas

tanpa terlebih dahulu menjadi cecair.

UMUM 
AIDS

AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang

mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan

(HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya

tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat

bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun

melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama

kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika

Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini

seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah

didiagnosis di seluruh dunia.

UMUM 
SURAH AL-RAHMAN

Surah al-Rahman ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha

Pemurah), kerana permulaannya menerangkan

hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan

kepada sendaan orang kafir Makkah ketika

diturunkan ayat berikut yang bermaksud:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang

musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman

(Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya:

Dan siapakah al-Rahman itu?”.

(Surah al-Furqan 25:60)

UMUM 
SUREALISME

Surealisme ialah pergerakan dalam bidang seni

dan kesusasteraan. Ia diasaskan di Paris pada tahun

1924 oleh pemuisi Perancis, André Breton. Seperti

dadaisme, punca bermulanya, surealisme

menggunakan seni sebagai senjata melawan

kedurjanaan dan batasan yang ahli surealisme lihat

dalam masyarakat. Berbeza daripada dadaisme,

walau bagaimanapun surealisme cuba mendedahkan

satu hakikat baru dan lebih tinggi daripada

kehidupan seharian. Surealisme ialah perkataan yang

dicipta yang bermaksud super realisme.

UMUM 
SURAH AL-BURUJ

Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat.

Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang)

kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan

perkataan tersebut.

Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah

Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah

ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud,

iaitu kisah pengorbanan diri demi

mempertahankan akidah dan iman.

UMUM 
MUWAHHIDUN, KERAJAAN

Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121

M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah

Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn

Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan

Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka

bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh

digambarkan dengan pancaindera, Allah

mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran

untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata.

Orang yang menyokong konsep menyerupakan

dan menjasadkan Allah menganggap orang

Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan

mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun

sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan

bahawa merekalah sahaja yang benar-benar

beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah

dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya

dengan makhluk.

UMUM 
KABA

KABA, cerita lipur lara Minangkabau. Kaba berasal daripada perkataan khabar atau berita. Kaba juga mungkin ada dalam hubungan bakaba (memberitakan sesuatu). Namun dengan menukarkan abjad ‘b’ dengan ‘c’, perkataan tersebut berubah menjadi ‘ menceritakan sesuatu’, dan ini sesuai dengan hakikat kaba yang dikenali kini.

SASTERATokoh
PERISTIWA PASIR SALAK

PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875.  Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan.  Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
GRES

GRES,  kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini,  cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif.

SASTERAKarya

Kembali ke atas