Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : Ar orang yg pandai-pandai, orang yg ahli (yg bijaksana). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1 pegawai yg mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah: Tuan ~ yg membicarakannya mendapati ia tidak bersalah dan telah dibebaskan. ~ Besar ketua hakim. 2 orang yg dilantik utk mengadili sesuatu pertandingan atau permainan: Tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah. berhakim, = ~ kpd minta diadili oleh; minta pengadilan drpd: Marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa yg bersalah dan siapa yg benar. menghakimi berlaku atau bertindak sbg hakim terhadap; mengadili: Serahkan perkara itu kpd dia, kamu jangan ~nya. kehakiman hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. penghakiman perbuatan (tindakan) menghakimi sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakim (kata nama)
Bersinonim dengan pengadil, wasit;,
Kata Terbitan : menghakimi,

Peribahasa

Neraca yang palingan,
     bungkal yang piawai.

Bermaksud :

Hakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kerajaan tidak akan arahkan hakim-hakim gunakan bahasa Malaysia dimahkamahTiadaUtusan Melayu08.11.1989
Kelas lanjutan bahasa Malaysia untuk hakim-hakimTiadaUtusan Malaysia03.08.1990
Hakim kesal ramai peguam masih guna bahasa InggerisFaridah HashimUtusan Malaysia09.02.1991
Hakim sastera bertangungjawabTiadaBacaria23.03.1988
Hakim sastera bertanggungjawabTiadaBacaria23.03.1988
Hakim menerangkan mengapa karya Mochtar terpilihTiadaBerita Harian24.05.1976
Hakim gagal pilih kumpulan teaterAziz DesaBerita Harian30.11.1991
Hakim Dihukum PancungYulis Haji AlwiMingguan Wanita16.11.1984
Hakim berperanan daulatkan penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah -HamidTiadaUtusan Malaysia13.02.1991
Hakim, bahasa dan kamusMior Kamarul ShahidBerita Harian03.10.1995
12345678910...

Kembali ke atas