Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lain-lain hal atau hal-hal lain, yang mana satu betul??Yang betul ialah hal-hal lain.Tatabahasa30.04.2009
"Hal-hal lain" - betul "Lain-lain hal" - salah Bagaimanakah pula dengan "Hal lain-lain"? Betul atau salah dan apakah sebabnya?Frasa yang betul ialah "hal-hal lain", kata hal itu yang digandakan bukan lain-lain.Tatabahasa12.08.2014
Perbezaan di antara perkataan lain-lain hal dan hal-hal lain yang biasa nya di catit di dalam minit mesyuarat.

Saudara,

Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Tatabahasa29.06.2010
Saya cuma hendakkan kepastian. Mana satu yang betul lazimnya agenda terakhir dalam mesyuarat. LAIN-LAIN HAL atau HAL-HAL LAIN.Frasa yang betul ialah hal-hal lain.Tatabahasa08.04.2014
Asalamulaikum tuan, Ingin saya tahu perbezaan dan benar atau salahnya salah satu daripada istilah-istilah berikut iaitu: - "Hal-hal lain atau Lain-lain hal" Sekian, jawapan tuan adalah dihargai. Terima kasih.Yang betul ialah Hal-hal Lain.Tatabahasa05.05.2008
Assalamualikum wbth., Tuan, Apakah perkataan yang tepat yang perlu digunakan dalam membuat minit mesyuarat bagi perkataan ini: - "Hal-hal lain ataupun lain-lain hal" Diharap tuan dapat membantu. Sekian terima kasih.Yang betul ialah Hal-hal Lain.Tatabahasa28.04.2008
San Zarin Oct 8th, 7:59am Saya difahamkan ada pegawai DBP (En Karim) memberi penerangan di UiTM mengatakan "Hal-Hal Lain". Adakah ini benar?Frasa itu betul, ejaan itu perlu dibaiki menjadi "Hal-hal Lain".Ejaan08.10.2014
Dalam minit mesyuarat tajuk mana yang betul digunakan? Hal Lain-lain atau Lain-lain HalYang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa18.02.2015
Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia tuan, Saya ingin memohon pencerahan berhubung penggunaan kata "hal" dalam penulisan minit mesyuarat. Ada makluman terkini yang disampaikan oleh jurulatih mata pelajaran mengatakan bahawa memadai dengan menulis agenda "Hal Lain" dan bukannya "Hal-hal Lain". Jika dirujuk pada carian dalam ruangan ini sehingga tahun berakhir 2014, semuanya menggunakan "Hal-hal Lain". Pada saya, "hal lain" merujuk kepada satu perkara sahaja yang dibincangkan dalam mesyuarat. Terima kasih atas bantuan tuan. Saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan yang diberikan.Assalamualaikum,

Hal lain merujuk kepada satu perkara yang berbeza.

Hal-hal lain pula merujuk kepada lebih daripada satu perkara yang berbeza. Hal-hal merupakan penggandaan penuh kata nama tunggal yang melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sekurang-kurangnya lima aspek makna penggandaan kata nama. Merujuk kepada perkataan "hal-hal", perkataan ini merupakan aspek makna pertama penggandaan kata nama sebagai penanda jamak, iaitu menandakan jumlah yang banyak.


Kesimpulannya, penggunaan kata "hal-hal lain" lebih tepat untuk penulisan minit mesyuarat.
Lain-lain11.03.2018
SALAM. SAYA INGIN BERTANYA PENGGUNAAN MANA YANG BETUL 1. HAL LAIN-LAIN 2. LAIN-LAIN HAL 3. HAL-HAL LAIN TERIMA KASIH.Assalamualaikum,


Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. Sekian.
Pengembangan02.12.2019
12345678910...

Kembali ke atas