Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative reformpembaharuan pentadbiranSains PolitikTiadaPerubahan atau penyusunan semula sistem, struktur, ideologi, penekanan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan pengurusan, perjalanan serta pelaksanaan dasar.
language planningperancangan bahasaSosiolinguistikTiadaMembuat keputusan tentang bahasa termasuklah penetapan taraf bahasa dan bahan bahasa seperti ejaan, tatabahasa,istilah, sebutan dan kosa kata serta hal-hal lain yang bersangkulan dengan bahasa.
cornerstonebatu sudut; asasSejarahTiada1. Asas: Peristiwa, fakta atau perkara yang membentuk prinsip asas atau menyokong sesuatu perkembangan isu, dasar ekonomi, dan sebagainya.,2. Batu sudut: Batu yang biasanya terdapat di penjuru sesebuah bangunan dan ditulis tarikh, peristiwa atau hal-hal lain yang menjadi catatan sejarah atau dokumen penting.
assumptionandaianEkonomiTiadaPernyataan yang dianggap benar dan dijadikan asas pembinaan teori. Misalnya, pembinaan teori pasaran berasaskan andaian bahawa pengguna dan pengeluar berkelakuan rasional. Pengguna diandaikan memaksimumkan utiliti, manakala pengeluar diandaikan memaksimumkan keuntungan. Kese- luruhan teori ekonomi teori ekonomi menggunakan andaian ceteris paribus, iaitu hal-hal lain tidak berubah.
home economicekonomi rumah tanggaPentadbiran PerniagaanTiadaBidang kajian dan penyelidikan atau urusan tentang hal-hal perbelanjaan, penggunaan barang-barang dan lain-lain dalam rumah tangga.
introvertintrovertGerontologiTiadaKeperibadian seseorang yang dicirikan dengan minatnya terhadap hal-hal yang ada pada dirinya sendiri dan kurang suka bergaul dengan orang lain.
international affairshal ehwal antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerkara, urusan atau hubungan yang berlaku antara sebuah negara dengan negara yang lain. Hal ehwal merupakan elemen utama dalam aturan undang-undang antarabangsa. Contohnya, Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara hak dan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa serta memberi nasihat dan pandangan undang-undang kepada kerajaan Malaysia mengikut undangundang dan prinsip-prinsip antarabangsa dengan mengambil kira undang-undang dan dasar-dasar negara serta kepentingan awam. Selain itu, bahagian tersebut juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa obligasi antarabangsa Malaysia di bawah mana-mana perjanjian, triti dan konvensyen yang telah ditandatangani, dipersetujui, diratifikasi, disertai atau dianggotai oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang, peraturanperaturan dan dasar-dasar negara.
mutual assistancebantuan bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSebarang bentuk projek kerjasama antarabangsa atau antara beberapa buah negara yang berkaitan hal-hal ketenteraan, kesihatan, kebudayaan atau keselamatan. Contohnya, Perjanjian Bantuan Pertahanan Bersama Amerika Syarikat � Jepun 1954 yang membenarkan kehadiran tentera Amerika Syarikat di Jepun bagi tujuan keamanan dan keselamatan. Contoh lain ialah Konvensyen Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah Eropah 1959 bagi negara-negara yang terlibat mendapatkan bantuan antara satu sama lain dalam penyiasatan dan pendakwaan kes jenayah.
retrotakafulretrotakafulEkonomiEkonomi IslamProses pemindahan risiko oleh syarikat takaful semula kepada syarikat takaful semula yang lain. Hal ini bermakna, proses takaful semula boleh berlaku lebih daripada sekali dalam kalangan beberapa syarikat pengendali takaful. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sesebuah syarikat takaful semula menghadapi masalah tuntutan yang besar pada sesuatu masa berbanding kumpulan wang takaful terkumpul.
literary criticismkritikan sasteraKesusasteraanTiadaKaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain. Kritikan ini berperanan sebagai �kayu pengukur� bagi menentukan mutu sastera. Kedua-dua bidang kritikan di atas memanfaatkan teori kritikan, sama ada secara implisit atu eksplisit. Teori kritikan menyediakan kerangka untuk membaca dang menganalisis teks. Antara teori kritikan ialah Marxisme, feminisme, historisisme baru, pascastrukturalisme dan lain-lain. Kritikan berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penghakiman�. Lihat juga historisme baru, kritikan Marxis, kritikan pascastrukturalis.
12345678910...

Kembali ke atas