Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la] | هالا

Definisi : arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru); berhala berarah; menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara; menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la] | هالا

Definisi : ; ~-kebala Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la] | هالا

Definisi : arah yg dituju (aliran sungai, tiup­an angin dll): Angin bertiup ~nya ke pantai. menghala mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. menghalakan menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,

Puisi
 

Daun entemu terlampai-lampai,
     Ditiup angin hala ke darat;
Malam Sabtu hajat tak sampai,
     Ikut rasa hati melarat.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clockwiseikut arah jamMekanikGunaanSama hala dengan hala gerakan tangan jam. istilah ini biasanya digunakan untuk memerihalkan hala gerakan sudut atau hala tindak momen keadaan 2-D.
mudarabah modelmodel mudarabahEkonomiEkonomi IslamModel pembiayaan perbankan Islam yang dicadangkan oleh beberapa ilmuwan pada awal tahun 1970-an yang menggunakan konsep mudarabah dua hala. Hala pertama mudarabah melibatkan pihak bank dengan pendeposit yang bersetuju menyimpan wangnya dalam akaun pelaburan mudarabah. Dalam kes ini, pendeposit dikenali sebagai penyumbang modal dan bank sebagai pengusaha. Hala kedua mudarabah pula, melibatkan pihak bank yang bertindak sebagai penyumbang modal yang menyediakan modal kepada pengusaha.
left-hand screwskru tangan kiriMekanikGunaanSkru yang bergerak (masuk atau keluar) pada hala yang berpadanan dengan hala ibu jari tangan kiri yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam pada hala skru itu diputar. Skru tangan kiri mara ke dalam nat apabila diputar pada arah lawan jam. Skru tangan kiri digunakan untuk tujuan khas sahaja.
sing conventionkelaziman tandaMekanikGunaanKetentuan yang diterima untuk hala positif dan hala negetif bagi vektor. Kelaziman ini ditentukan untuk kegunaan umum supaya analisis matematik yang dibuat oleh seseorang mudah difahami oleh orang lain. Kelaziman tanda kadangkala ditentukan secara sebarangan untuk sesuatu analisis tertentu tetapi ia perlu tekal bagi keseluruhan analisis itu. Misalnya, momen dalam 2-D biasanya ditakrifkan sebagai positif jika hala anak panah membulat yang mewakili momen itu menghala pada arah jam dan negatif jika menghala pada arah lawan jam. Kelaziman yang sebaliknya boleh juga digunakan asalkan penggunaan itu kekal untuk sesuatu analisis.
orientationorientasi; pengkiblatanMatematikTiada1. Penentuan hala terhadap sesuatu, atau hala, seperti ikut arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri, sebelah kanan, dan sebagainya.
switch fusefius suisTeknikElektrikPeranti yang terdiri daripada satu unit suis dan fius satu hala (fius tiga hala bagi bekalan tiga fasa) pada litar akhir.
anti-clockwiselawan arah jamMekanikGunaanBertentangan dengan gerakan jarum jam. Istilah ini biasanya digunakan untuk memerihalkan hala gerakan sudut atau hala momen dalam dua dimensi yang boleh diwakili anak panah membulat.
right-hand ruleperaturan tangan kananMekanikGunaanPeraturan yang menentukan hala bagi vektor hasil darab yang diperoleh apabila dua vektor didarab silang. Peraturan ini menyatakan bahawa hala vektor hasil darab yang berkenaan berpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua [Rajah P8]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 150 RAJAH P8
sensehalaMekanikGunaanCiri vektor yang menentukan sama ada vektor itu bertindak ke kiri atau ke kanan, ke atas atau ke bawah dan sebagainya, pada garis tindakannya. hala vektor digambarkan oleh mata anak panah yang mewakili vektor itu. (Perhatikan bahawa arak vektor memerihalkan haluan garis tindakan vektor itu sahaja tetapi tidak memerihalkan hala tindakan vektor itu).
right-hand screwskru tangan kananMekanikGunaanSkru yang bergerak (masuk atau keluar) pada hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari lain digenggam pada hala skru itu diputar, yakni gerakannya mematuhi peraturan tangan kanan. Skru tangan kanan mara masuk ke dalam nat apabila diputar pada arah jam dan mundur keluar dari nat apabila diputar pada hala yang sebaliknya. Ulir skru yang berkenaan dinamai ulir tangan kanan; apabila dilihat dari kepala skru itu ke hujungnya, ulir itu melilit pada arah ikut jam dan pada hala yang semakin menjauhi pencerap. Kebanyakan skru yang digunakan ialah skru tangan kanan.
12345678910...

Kembali ke atas