Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advanced pagehalaman awalKomunikasiTiadaHalaman yang dicetak lebih awal daripada halaman-halaman dalam media cetak yang lain untuk memudahkan proses penerbitan akhbar.
blind printcetak butaPerpustakaanTiadaIstilah yang digunakan bagi merujuk halaman-halaman yang tidak tercetak secara tidak sengaja.
lawn edgingtepian halaman rumputLandskapTiadaBahagian tepi halaman rumput yang memisahkan halaman tersebut dengan bahagian lain dalam sesebuah taman. Sekeping logam, plastik atau kayu digunakan untuk memisahkan bahagian tepi halaman rumput dengan bahagian lain di dalam taman.
continuation sheethalaman sambunganPentadbiran PerniagaanTiadaHalaman sambungan daripada halaman sebelumnya.
full-run sponsorshippenajaan halaman penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja halaman penuh biasanya terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.
bastard titlejudul pengenalPerpustakaanTiadaJudul pengenal: Judul ringkas buku yang tertera pada halaman kanan, sebelum halaman judul yang berfungsi untuk melindungi halaman judul dan membantu pencetak mengenal pasti kedudukan helaian pertama buku tersebut.
composegubahPerpustakaanTiada1. Menyediakan komposisi bahan bercetak dengan menentukan dan mengeset huruf demi huruf, baris demi baris dan halaman demi halaman.
back-to-back (advertising)iklan depan belakangKomunikasiTiadaIklan yang bersambung pada halaman depan dan belakang dalam sesuatu penerbitan media cetak. Contohnya, iklan yang disiarkan di halaman hadapan wujud juga sambungannya di halaman belakang atau iklan yang sama di halaman hadapan wujud juga di halaman belakang.
half title pagehalaman judul separa-TiadaHalaman bercetak pertama bagi sesebuah buku yang mengandungi judul utama dan berada pada halaman kanan atau rekto.
vertical half pageseparuh halaman menegakKomunikasiKorporatRuang iklan menegak yang memenuhi separuh halaman sesuatu penerbitan bercetak. Ruang iklan ini mempunyai dua faedah utama. Pertama, kos iklan yang rendah. Kedua, cara ini boleh menarik perhatian khalayak untuk membaca bahan bertulis di sebelahnya yang secara tidak langsung akan terdedah kepada iklan berkenaan. Iklan yang memenuhi ruang ini kerap disesuaikan dengan tema rencana pada halaman tersebut dan jenis khalayak yang disasarkan. Selain boleh menjimatkan kos, iklan ini boleh meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej. Walau bagaimana pun, kos ruang iklan ini bergantung pada jenis dan kedudukan halaman dalam sesuatu penerbitan. Lebih kerap halaman terdedah kepada pembaca maka lebih tinggi nilai kos iklan di halaman menegak tersebut..
12345678910...

Kembali ke atas