Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lang] | هالڠ

Definisi : ; menghalangi, menghalang-halangi, menghalang merintangi, menahan, menyekat menegah: beting pasir ~ air mengalir ke laut; kerana banyak sangat perkara yg meng­halang maka pertemuan itu ditangguhkan; menghalangkan meletakkan sesuatu me­lintang; terhalang mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, ter­hambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan; halangan 1. aral, gangguan, rintangan, te­gah­an: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; berhalangan 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yg meng­halang (seseorang dll): jika tidak ~, esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih (bermusuhan); penghalang sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lang] | هالڠ

Definisi : ; menghalang 1 menahan se­suatu supaya tidak dpt bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. menghalangi menghalang berkali-kali. menghalangkan meletakkan sesuatu melintang: ~ kayu di jalan. terhalang 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2 tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh ba­ngunan itu. halangan 1 batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2 aral; gangguan; rintangan. berhalangan ada atau mendapat halangan (aral): Dia tidak dpt datang kerana ~. penghalang sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
block-outhalang warnaKesenianTiadaHalang warna: Proses menghalang bahagian-bahagian tertentu daripada dicemari oleh warna atau dakwat.
deep extra coverkanan halang jauhSukanTiadaKedudukan pemadang yang berdiri di sebelah kanan dan di belakang kedudukan pemadang sisi halang tambah, berhampiran dengan garisan sempadan.
extra coverpelapis tambahan (P.JAS)SukanTiadaKanan halang: Kedudukan pemadang yang berdiri di sebelah kanan di belakang kedudukan pemadang sisi halang tambah.
impedehalangPertanianTiadaTiada
impedehalangPertanianTiadaTiada
obstructhalang (Bola Sepak)SukanTiadaTiada
interposinghalang badanSukanTiadaPerbuatan bergerak dengan tujuan supaya badan dapat menghalang pemain lawan.
blockhalangSukanTiadaTiada
restrainhalangMekanikGunaanMenahan dengan cara membenarkan semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek penghalangan itu.
hold-backhalangKomunikasi MassaTiadaTiada
1234

Kembali ke atas